Mampukah Warisan cabar PKR sebagai parti pelbagai kaum di Semenanjung?

June 8, 2021 · Politik

Desas-desus hasrat Warisan untuk melebarkan sayapnya ke Semenanjung pastinya menggugat PKR yang dipimpin Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memandangkan kedua-duanya berkongsi ideologi sama yang bercirikan pelbagai kaum.

Parti berasal dari Sabah yang dipimpin mantan Ketua Menteri, Datuk Seri Shafie Apdal tersebut walaupun baharu bertapak sudah mempunyai pengaruh yang kuat, memenangi lapan kerusi buat kali pertama masuk dalam pilihan raya umum (PRU) lalu adalah satu pencapaian yang dilihat baik.

Sumber dalaman Warisan memberitahu rancangan untuk menembus pasaran politik di Semenanjung sememangnya sudah dirangka bagaimanapun penularan pandemik Covid-19 menyebabkan hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan sementara dan keutamaan diberikan ke arah usaha membantu rakyat terjejas buat masa ini.

Menurut sumber, langkah PKR yang mahu menjalinkan kerjasama dengan UMNO membuka peluang cerah kepada mereka untuk menarik sokongan rakyat kepada Warisan memandangkan defisit keyakinan terhadap Anwar juga semakin lebar jurangnya selepas tersebar perbualan klip audio dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Kerjasama PKR-UMNO semakin menjadi kenyataan dan tidak dinafikan ia memberi keyakinan kepada Warisan untuk mencuri sokongan masyarakat pelbagai kaum di Semenanjung yang sudah menyampah dengan karenah Anwar.

“Apabila sebuah parti yang kononnnya memperjuangkan prinsip keadilan dan menentang rasuah sanggup bekerjasama dengan UMNO, ia bererti parti tersebut sebenarnya sudah hilang nilai dan pedoman apabila sanggup mengadaikan segalanya demi jawatan dan kuasa,” kata sumber pemimpin Warisan itu kepada Agenda Daily.

Daripada maklum balas yang diterima daripada orang ramai di Semenanjung, sumber memberitahu sentimen sokongan rakyat terhadap Anwar juga sudah semakin terhakis dan melihat cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri berkemungkinan sekadar angan-angan kosong sahaja.

“Jika Anwar mengatakan beliau calon Perdana Menteri, tapi sebenarnya adakah rakyat menerimanya? Jika Datuk Seri Najib Razak pun lebih popular daripada Anwar, lebih popular daripada Zahid Hamidi, sokongan rakyat apa yang beliau katakan?

“Anwar tidak lagi relevan apabila rakyat pun sudah tidak menyokongnya lagi,” kata sumber.

Bagaimanapun, penganalisis politik meramalkan tidak mudah untuk Warisan mendapat sokongan sama rakyat di Semenanjung seperti di Sabah dan parti tersebut perlu menyakinkan rakyat mereka adalah parti alternatif yang lebih baik berbanding PKR yang sudah bertapak lebih 20 tahun.

Penganalisis politik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Salawati Mat Basir berkata, ini atas alasan orang-orang Semenanjung masih bersifat skeptikal dengan parti-parti dari Sabah.

“Malah parti Warisan pun ada masalah kepimpinan, dalam situasi hari ini, sukar untuk mereka diterima di Semenanjung. Parti-parti politik di Semenanjung pada ketika ini juga sudah cukup kuat persaingannya.

“Rakyat di sini tidak berminat dengan parti Warisan bukan sahaja kerana masih skeptikal tapi Shafie Apdal pun tak bertanggungjawab macam mana mahu di terima?, namun bolehlah cuba tapi susah,” katanya kepada Agenda Daily.

Dalam pada itu, seorang lagi penganalisis, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata Warisan perlu terlebih dahulu membuat sifat kenegerian untuk dilihat neutral jika mahu diterima di Semenanjung.

“Parti warisan ialah parti bersifat kenegerian dan keetnikan bercirikan politik etnik Sabah,” kata Penganalisis politik Universiti Malaya (UM) itu.

Malah, PKR juga katanya, dikenali sebagai parti nasional manakala Warisan dilihat sebagai parti yang masih tebal dengan semangat kenegerian Sabah.

“Dari segi keahlian PKR sudah mencecah lebih 1 juta keahlian khususnya di Semenanjung sedangkan keahlian Warisan masih kecil dan terhad di Sabah sahaja.

“Maka sukar bagi Warisan untuk menyaingi parti PKR dan perlu ada strategi lain untuk bertapak di Semenanjung seperti mengadakan kerjasama dengan parti yang belum didaftarkan seperti MUDA dan Pejuang untuk mula bertapak di Semenanjung,” katanya.

Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian pula berkata mungkin rakyat Sabah dan Sarawak akan menyokong Warisan di Semenanjung namun mereka perlu bekerjasama dengan parti lain seperti Pejuang yang dipimpin bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Sukar saya rasa buat permulaan kecuali mereka boleh mendapatkan sokongan orang Sabah dan Sarawak yang bekerja di Semenanjung,”

“Barangkali Pejuang boleh bekerja sama namun selepas kejatuhan Pakatan Harapan (PH), pentas politik menjadi terbuka dan personaliti Dr Mahathir barangkali boleh mempengaruhi penyokong tegar beliau tetapi sejauhmanakah pengundi lain boleh diyakinkan… Itu akan menjadi cabaran,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Selepas Noh, Khairy juga dipecat dan Hishammuddin digantung keahlian
January 28, 2023
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
2 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok