Malu lah sikit Puad, kamu kalah dalam pilihan raya: Razali

February 13, 2022 · Politik

Datuk Mohd Puad Zarkashi perlu sedar diri dan ada sedikit perasaan malu kerana dirinya sendiri juga gagal dan lebih teruk lagi UMNO bahagian Batu Pahat kalah dalam pilihan raya lalu, kata Senator Datuk Razali Idris.

Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu itu membidas Puad yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO kerana tidak sedar diri dan tidak layak untuk membuat desakan supaya Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan.

“Dia (Puad) juga gagal dan (UMNO) kalah di Batu Pahat.

“Dia juga salah seorang pendesak supaya diadakan PRU15. Itulah siapa sebenarnya Mohd. Puad Zarkashi,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Terdahulu, Puad menggesa Muhyiddin meletakkan jawatan selepas kenyataannya berhubung pembukaan sempadan negara dilihat bercanggah dengan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menyatakan belum sesuai berbuat demikian ekoran peningkatan kes Covid-19.

Bagaimanapun, Puad terlupa UMNO mengambil langkah mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada ketika Covid-19 masih menular dengan angka jangkitan meningkat setiap hari.

Malah, kerajaan negeri yang dipimpin Menteri Besar daripada UMNO turut membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bagi memberi laluan PRN diadakan,

Muhyiddin sebelum ini mengesyorkan sempadan negara dibuka sepenuhnya untuk semua negara seawal 1 Mac ini tanpa keperluan kuarantin wajib.

Razali menjelaskan, beliau simpati dengan tindakanPuad yang terpaksa membuat kenyataan menghentam Muhyiddin yang merupakan Presiden Bersatu sedemikian semata-mata mahu kehadirannya dalam UMNO dan kalangan rakyat tidak dilupakan menjelang PRN Johor tidak lama lagi.

Dakwanya, berdasarkan rekod prestasi, Puad sudah lama ditolak oleh pengundi dan rakyat, malah dia tidak terpilih bertanding bagi kerusi Parlimen Batu Pahat pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 lalu.

Sebaliknya, Ketua Wanita UMNO ketika itu, Haliza Abdullah dipilih sebagai calon, namun kalah kepada Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Pada PRU-13, Puad kalah kepada calon PKR, Mohd Idris Jusi.

Sehubungan itu, Razali yang juga Ketua Bersatu Bahagian Marang menasihati rakyat terutama di Johor agar menilai sendiri kredibiliti Puad.

Berita berkaitan
Melayu mudah lupa sokong PH, Hadi gesa jangan sokong pembohong
10 jam lalu· Politik
Bersatu akan bertanding lawan kerusi UMNO pada PRN Kelantan: Mohd Amar
10 jam lalu· Politik
Gelombang PN tak padam, dijangka kekal dalam PRN: Tuan Ibrahim
12 jam lalu· Politik
Kritik Rafizi, PKR persoal tahap pemikiran Puad yang mahukan populariti saja
17 jam lalu· Politik
Popular
Dr M sedia bekerjasama dengan Muhyiddin tapi tidak dengan Anwar
June 1, 2023
Lompat parti empat Ahli Parlimen Sabah, AGC akan bantah permohonan Bersatu
June 1, 2023
Bersatu akan bertanding lawan kerusi UMNO pada PRN Kelantan: Mohd Amar
June 1, 2023
Hassan kecewa ketua pembangkang Kemboja diusir kerajaan
June 1, 2023
Lagi Politik terkini
Lompat parti empat Ahli Parlimen Sabah, AGC akan bantah permohonan Bersatu
12 jam lalu · Politik
Hassan kecewa ketua pembangkang Kemboja diusir kerajaan
15 jam lalu · Politik
Saman RM150 juta Dr Mahathir, sampai masanya PMX dedah bukti enam kotak?
17 jam lalu · Politik
Ayuh penyokong kerajaan Madani pertahankan Rafizi diserang UMNO, sindir Fadhli
18 jam lalu · Politik
Dr M sedia bekerjasama dengan Muhyiddin tapi tidak dengan Anwar
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
7 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok