‘Malu Apa Bossku’ sebab Kit Siang sedia bekerjasama dengan Najib

July 21, 2022 · Politik

Fenomena “Malu Apa Bossku” adalah bukti bahawa ramai rakyat Malaysia masih meletakkan Datuk Seri Najib Razak di tempat yang tinggi walaupun dikaitkan terlibat dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Lim Kit Siang.

Ahli politik veteran DAP itu berkata ini adalah sebab beliau sanggup bekerjasama dengan Najib, asalkan bekas perdana menteri itu mengecam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan mengumumkan pendiriannya menentang Malaysia daripada menjadi negara kleptokrasi.

“Jika kita boleh menyedarkan rakyat Malaysia yang masih memuja Najib menerusi fenomena “Malu Apa Bossku” bahawa rasuah dan skandal kewangan 1MDB adalah jenayah terhadap negara dan rakyat Malaysia, dan jika kita meminta Najib secara peribadi mengecam skandal 1MDB sebagai rasuah dan jenayah terhadap Malaysia, ia adalah satu usaha yang berbaloi,” katanya.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu juga berkata kenyataan medianya mencerminkan pandangan politiknya sendiri dan tiada kaitan dengan kepimpinan DAP.

Menurutnya ini kerana beliau telah bersara daripada politik kompetitif dan tidak lagi berada di barisan hadapan politik.

“Saya dapat memahami perasaan terkejut sesetengah rakyat Malaysia mengenai kenyataan saya pada Ahad lepas yang mengatakan saya bersedia untuk bekerjasama dengan Najib demi kepentingan negara dan bukannya untuk mendapat kekayaan 1MDB.

“Tetapi Najib perlulah bersedia untuk mengecam skandal 1MDB dan mengumumkan pendiriannya menentang Malaysia dari menjadi sebuah kleptokrasi.

“Saya dapat memahami tindak balas rakyat Malaysia yang menganggap Najib sebagai penjelmaan kejahatan yang telah membawa Malaysia keburukan kleptokrasi,” katanya dalam blognya.

Pada kongres kebangsaan DAP Mac lalu, veteran DAP berusia 81 tahun itu mengumumkan persaraannya daripada politik selepas 56 tahun.

Dalam catatan blog sebelum ini pada Isnin (18 Julai), Kit Siang berkata beliaua bersedia bekerjasama dengan Najib jika Ahli Parlimen Pekan itu juga bersedia mengisytiharkan pendiriannya terhadap Malaysia menjadi kleptokrasi.

“Bukan untuk mendapatkan sebahagian daripada kekayaan 1MDB, tetapi dia pertamanya perlulah mengecam skandal 1MDB dan mengumumkan pendiriannya untuk memastikan Malaysia tidak menjadi sebuah kleptokrasi. Adakah Najib bersedia untuk berbuat sedemikian?

“Dalam enam dekad kehidupan politik saya, saya sentiasa dipandu oleh pandangan bahawa personaliti seseorang itu tidak boleh dilihat sebagai suatu perkara yang sama ada hitam atau putih, sebaliknya dilihat sebagai pelbagai tona kelabu.

“Tidak ada malaikat dalam kalangan manusia, tetapi salah juga untuk melihat sesiapa sekali pun sebagai sumber segala kejahatan.

“Semua orang mempunyai naluri baik dan jahat, dan kita menilai seseorang itu berdasarkan sama ada naluri baiknya mampu mengatasi naluri jahatnya. Semua orang mampu untuk berubah menjadi lebih baik,” kata Kit Siang.

Beberapa rakyat Malaysia dalam talian terkejut dengan kenyataan itu dan bertanya sama ada Kit Siang telah hilang akal dalam membuat kenyataan sedemikian.

Berita berkaitan
Pengasas DAP meninggal dunia pada usia 97 tahun
23 jam lalu· Isu semasa
Tak adil dakwa laporan LCS fitnah hanya kerana Pengerusi PAC dari DAP
August 15, 2022· Isu semasa
9 bekas Menteri Pertahanan, siapa bertanggungjawab dalam skandal LCS? soal Kit Siang
August 15, 2022· Isu semasa
Bagi UMNO, pendedahan skandal LCS dipertikai kerana Pengerusi PAC dari DAP
August 12, 2022· Politik
Popular
Asyraf kritik keputusan dalam kes Najib, boleh dituduh hina mahkamah
August 17, 2022
UMNO kecewa mahkamah tolak permohonan Najib, kata Zahid
August 17, 2022
Saya doakan Najib dan keluarga tabah, kata Hishammuddin
August 17, 2022
PRU-15: PAS, UMNO setuju elak pertembungan di 27 kerusi ‘muafakat’
August 17, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO kecewa mahkamah tolak permohonan Najib, kata Zahid
12 jam lalu · Politik
Saya doakan Najib dan keluarga tabah, kata Hishammuddin
14 jam lalu · Politik
Asyraf kritik keputusan dalam kes Najib, boleh dituduh hina mahkamah
14 jam lalu · Politik
‘Mengarut Ismail Sabri desak pegawai awam pertahan kerajaan dia’
18 jam lalu · Politik
Zahid ajak akar umbi pertahan ‘Raja Media Sosial’ Najib
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok