Malaysia hadapi ketidaktentuan politik setelah Muhyiddin didakwa

March 11, 2023 · Politik

Malaysia berdepan polarisasi politik berterusan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berisiko berdepan tindak balas negatif apabila pentadbirannya melakukan pendakwaan terhadap musuh dan juga pendahulunya Tan Sri Muhyiddin Yassin, tiga bulan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata penganalisis.

Muhyiddin yang merupakan Perdana Menteri selama 17 bulan antara 2020 dan 2021, didakwa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas tuduhan kononnya menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram berhubung projek yang dilancarkan di bawah kepimpinannya.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan berkata pertuduhan itu adalah pendakwaan terpilih dan bermotifkan politik.

Penganalisis politik di Universiti Nottingham Asia Research Institute, Bridget Welsh berkata, kes itu mampu menjadikan kerajaan Anwar lebih tidak popular dalam kalangan kelompok konservatif.

Menurutnya pengundi Melayu lebih condong memilih blok pembangkang, walaupun pemimpin kanan Perikatan Nasional (PN) itu berdepan pertuduhan di mahkamah.

Katanya, ini seterusnya boleh membawa lebih banyak ketidaktentuan politik dalam negara yang menyaksikan lima Perdana Menteri dalam tempoh enam tahun.

“Kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) dipimpin Anwar dijangka berdepan cabaran hebat daripada gabungan Muhyiddin dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN), yang dijangka berlangsung menjelang Jun ini.

“Ia adalah ujian besar bagi Anwar, yang mempunyai pemimpin dalam Kabinetnya yang berdepan kes rasuah.

“Pentadbirannya akan berdepan krisis kredibiliti yang meluas melainkan ada usaha untuk melakukan reformasi sebenar.

“Naratif penganiayaan terhadap pemimpin pembangkang memberi kesan kepada dinamik polarisasi politik Malaysia,” katanya kepada Reuters.

Muhyiddin merupakan bekas Perdana Menteri kedua dalam sejarah Malaysia yang didakwa atas tuduhan rasuah sejurus selepas kalah dalam pilihan raya, dan kesnya menarik perhatian kepada pelbagai retakan dalam politik negara.

Berita berkaitan
Zakir Naik akan kembali ke Malaysia, bagaimana pendirian DAP?
March 28, 2023· Isu semasa
Anwar menghadap Raja Kemboja semasa lawatan rasmi
March 27, 2023· Isu semasa
Bekas MP DAP dilantik Pengerusi SPAN semula
March 27, 2023· Politik
Zahid dapat pasport semula secara kekal, tidak dibantah pendakwa
March 27, 2023· Politik
Popular
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
March 28, 2023
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
March 28, 2023
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
March 28, 2023
Dulu tuduh lawatan Muhyiddin gagal, kunjungan Anwar pula?
March 29, 2023
Lagi Politik terkini
Dulu tuduh lawatan Muhyiddin gagal, kunjungan Anwar pula?
43 minit lalu · Politik
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
13 jam lalu · Politik
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
16 jam lalu · Politik
Kerajaan takut nak bincang lawatan PMX ke Arab Saudi, usul PN ditolak
19 jam lalu · Politik
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Menteri, timbalan menteri cuai, jangan salahkan pegawai gagal jawab isu RMT
39 minit lalu
[VIDEO] Wakil rakyat ada hak, tak salah jatuhkan kerajaan ‘cakap banyak’, kata Mahathir
1 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok