‘Malaun’ UMNO bekerjasama dengan PAS cuba lemahkan parti dari dalam

September 16, 2022 · Politik

Pemimpin UMNO yang sentiasa mencetuskan kontroversi Datuk Nur Jazlan Mohamed membidas beberapa pemimpin UMNO yang didakwanya sedang mengadakan gerakan sulit dengan PAS untuk menyatukan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Menyifatkan pemimpin terbabit sebagai ‘malaun’ (yang terkutuk atau dilaknati – mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat) beliau berkata kumpulan ini cuba melemahkan UMNO dari dalam dengan harapan dapat mempengaruhi barisan kepimpinan UMNO/BN supaya menerima PN sebagai rakan kerjasama politik di masa depan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor itu berkata pemimpin UMNO terbabit juga sanggup terima katak-katak politik bekas UMNO dari Bersatu dan cuba melakukan taktik pengambilalihan terbalik BN.

“Tindakan mereka ini, terutamanya Malaun dalam UMNO, jelas membelakangkan parti di mana gerakan usaha sama merentasi sempadan hingga ke Borneo dipercayai dilakukan secara gelap dan demi kepentingan kuasa serta peribadi saja.

“Mereka juga dikatakan cuba untuk meminang GPS supaya menerima projek ‘Trans PN-BN-Borneo’ bagi menubuhkan kerajaan campuran selepas PRU-15,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nur Jazlan bagaimanapun mendakwa GPS tidak setuju dengan tawaran tidak masuk akal kumpulan ‘malaun’ kerana gabungan parti-parti di Sarawak tahu bahawa usaha sama pintu belakang ini tetap tak membantu tertubuhnya sebuah kerajaan yang stabil.

“Saya rasa orang Sarawak sudah cukup bersyukur dapat projek Highway Trans Borneo hasil usaha ‘Bossku’ ketika beliau jadi Perdana Menteri. Orang Sarawak tak perlukan jaringan politik Trans PN-BN-Borneo pun sebab mereka sudah selesa di bawah pentadbiran GPS selama ini.

“Bagi sesetengah walaun dalam PAS dan UMNO, mereka sanggup mengkhianati perjuangan parti sendiri kerana mahu mengekalkan kedudukan, jawatan dan pangkat di Putrajaya sebab mereka sedar sekarang ini kedudukan mereka cukup rapuh.

“Sebab itulah mereka sedaya upaya mahu menjodohkan dan menikahkan PN serta BN dalam satu perkahwinan mutaah politik demi kepentingan sendiri. Mereka tahu usaha ikut pintu depan ditentang habis-habisan oleh majoriti pemimpin dan ahli akar umbi UMNO,” katanya.

Nur Jazlan juga menyifatkan PAS telah ‘gila talak’ apabila kebanyakan pemimpin parti Islam itu masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa mereka telah ‘diceraikan’ talak tiga oleh UMNO.

“Saban hari mereka meroyan dan merapu bukan-bukan. Create macam-macam cerita pasal Muafakat Nasional (MN) ini sehingga sanggup heret pemimpin UMNO lain sekali dalam cerita penuh sadis mereka itu.

“Hinggakan dari Mursyidul Am, Presiden sehingga ke Setiausaha Agung mereka sanggup buat cerita fitnah dan palsu kononnya ada pemimpin UMNO yang masih berminat dan berunding dengan mereka untuk teruskan kerjasama MN.

“Kononnya ada rundingan rasmi ‘pintu belakang’ antara PAS dan UMNO untuk tetap bekerjasama di bawah gabungan yang sudah lama mati itu. Tapi bila tanya orang UMNO… semua menafikan ada rundingan itu kerana orang UMNO tetap berpegang kepada keputusan parti yang sebulat suara sudah tutup pintu untuk MN.

“Jadi saya nak pesan pada PAS cubalah faham bahasa sikit, UMNO dah gerak solo dan tak perlukan lagi pasangan. Jadi PAS tak payah lagi nak terhegeh-hegeh dengan MN.

“Baik Hadi dan PAS tumpukan saja buat kerja macam mana nak pertahankan Kelantan, Terengganu dan Kedah,” katanya.

Nur Jazlan juga menyifatkan usaha PAS untuk mengadakan solat hajat memohon Allah membuka hari orang UMNO menerima PN dan MN sebagai langkah terdesak.

“Bila dah terdesak dan terselit belakang pintu, mereka mulalah pergunakan agama untuk merai sokongan dan menyerlahkan kononnya mereka warak serta menjunjung Islam.

“Selama lebih 2 tahun duduk senang lenang dalam Kerajaan PN, mengapa mereka tak sibuk-sibuk buat solat hajat ketika itu untuk minta dibukakan pintu hati orang UMNO sokong mereka.

“Di Kelantan sebagai Negeri Serambi Mekah sendiri pun PAS gagal berdoa supaya UMNO Kelantan terima mereka dalam MN, apatah lagi di negeri-negeri lain. Mungkin Allah tak terima doa pemimpin PAS sebab mereka tak ikhlas. Jadi saya nasihatkan PAS, sudah-sudalah berlakon macam merekalah jadi mangsa politik,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Hanya ada 38 kerusi, Anwar bidas UMNO tiada majoriti putuskan bubar Parlimen
33 minit lalu· Politik
PH pertimbang tolak Bajet 2023 jika tiada jaminan PRU tahun depan: Anwar
42 minit lalu· Politik
Kawasan Parlimen Mat Maslan dilanda banjir lagi
2 jam lalu· Isu semasa
Pemimpin UMNO tak percaya dakwaan Rafizi sokongan Melayu jatuh
5 jam lalu· Politik
Popular
MT UMNO setuju bekerjasama dengan PAS hadapi PRU-15
September 30, 2022
Tiga syarat kepada PAS jika mahu teruskan kerjasama, kata Zahid
October 2, 2022
UMNO pernah pecat Muhyiddin, takkan tak boleh pecat PM? soal Mukhriz
October 2, 2022
Senario dihadapi Ismail Sabri sama dengan Muhyiddin, bezanya cuma..
October 2, 2022
Lagi Politik terkini
Nak hantar isteri atau anak pun boleh di Gombak, Azmin sedia berdepan
2 jam lalu · Politik
Kabinet minta PM tumpu kepada persiapan banjir, bukan PRU-15: Azmin
3 jam lalu · Politik
Tiga syarat kepada PAS jika mahu teruskan kerjasama, kata Zahid
5 jam lalu · Politik
MT UMNO diberitahu Kabinet sudah maklum PRU-15: Ahmad Maslan
5 jam lalu · Politik
Saya tandatangan watikah calon bukan Zuraida, kata Larry Sng
5 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Sekolah jadi pusat mengundi atau penempatan mangsa banjir, soal Rina Harun
22 minit lalu
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok