Malangnya UMNO kemaruk kuasa bersama DAP, kini menipu ahlinya pula: Hadi

May 27, 2023 · Politik

Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan UMNO sebuah parti yang kemaruk kuasa sehingga sanggup meninggalkan perjuangan asal parti demi bersama dengan DAP.

Presiden PAS itu berkata, terdapat segelintir pemimpin UMNO yang menolak untuk bersama dengan Perikatan Nasional (PN) kerana sudah ditawarkan pelbagai jawatan oleh Pakatan Harapan (PH) dan mengenepikan matlamat penubuhan parti sendiri.

“PAS mengajak Ahli Parlimen (MP) UMNO supaya kembali kepada prinsip Islam memimpin bagi mencukupkan jumlah majoriti.

“Malangnya, pihak UMNO itu meninggalkan prinsip perjuangan mereka dan memilih jawatan yang ditawarkan oleh PH yang dikuasai oleh DAP, seperti tawaran menjadi Menteri, Menteri Besar, Exco, jawatan-jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC), dan sebagainya,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Menurut Hadi, UMNO sudah dimasuki anai-anai politik kerana terpalit dengan politik wang sehingga ditolak dua kali dalam pilihan raya umum (PRU) sebelum ini.

“UMNO yang dimasuki anai-anai politik yang merosakkan perjuangannya terus membarah dengan politik wang yang masuk ke dalam perebutan menjadi pimpinan parti di semua peringkat. Akhirnya, mereka menerima padah mengalami kelemahan yang ketara sehingga tumbang bersama kerajaannya dalam PRU-14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) dan berikutnya.

“UMNO masih kemaruk kuasa dalam masa peralihan, malah tidak sedar diri dalam keadaan perlu dipulihkan semula kepada asas perjuangan Islam dan Melayu.

“Akan tetapi, mereka sibuk memberikan keutamaan kepada kerakusan mendapat jawatan dalam kabinet, sehingga PAS mengambil pendirian untuk mengalah kerana menjaga keutamaan agenda perpaduan umat,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, kerajaan campuran yang disertai UMNO tersebut adalah didominasi DAP tetapi masih cuba menipu ahli-ahlinya dan mengajak mereka untuk menyokong bekas musuh mereka itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti pula.

“Seterusnya, UMNO secara terbuka bersama PH yang didominasi oleh DAP yang berada di belakang namun menjadi penggerak yang paling berpengaruh.

“UMNO yang mempunyai masalah boleh diterima oleh PH yang mendedahkan pembohongan perjuangan reformasi yang dilaungkan secara menipu. Maka, berkumpullah pemimpin UMNO yang menipu ahli dan pengikutnya bersama kumpulan PH yang menipu rakyat.

“Para ahli UMNO yang setia kepada perjuangan, yang masih berada di atas bahtera UMNO yang telah diubah hala tujunya oleh para pemimpin yang menguasai UMNO, kini diheret ke arah yang lain daripada perjuangannya selama ini.

“Selagi masih berada di atas bahtera yang tidak berjaya diubah pemandunya yang mengikuti kompas DAP dan rakan-rakannya, maka bahtera UMNO menuju ke arah tujuan yang salah dan sesat daripada perjalanan perjuangan asalnya,” katanya.

Malah, Hadi mendakwa pemimpin UMNO juga sanggup melupakan sejarah perjuangan pemimpin terdahulu apabila gambar pemimpin sendiri pun dihilangkan dalam dewan semasa perhimpunan yang dihadiri pemimpin DAP semasa himpunan baru-baru ini.

“Dapat disaksikan kehilangan kewibawaan dan maruah para pemimpin yang mengheret UMNO bersama DAP, apabila himpunan bersama PH di dalam rumah kepunyaan UMNO, iaitu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) yang dihadiri oleh para pemimpin PH khususnya DAP, tiba-tiba gambar para pemimpin UMNO yang disanjung menjadi pejuang kemerdekaan dibuang atau ditutup dengan kehadiran kawan baharu.

“Mereka melakukan apa yang tidak diminta oleh PAS ketika himpunan bersama MN di tempat yang sama, kerana PAS mengakui tokoh-tokoh besar UMNO juga ialah pejuang menuntut kemerdekaan bersama PAS juga. Peristiwa ini menunjukkan para pemimpin UMNO sudah kehilangan izzah (keperkasaan) mereka setelah meninggalkan prinsip perjuangan.

“Ada anggapan bahawa UMNO akan dibunuh oleh PAS sekiranya UMNO bersama PAS. Ini merupakan satu sangkaan yang tidak berasaskan dasar perjuangan bersama. Percayalah UMNO akan menjadi semut yang mati dalam gula yang ditaburkan oleh PH dan penyumbang rasuah yang mendukungnya,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
24 jam lalu· Politik
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023· Politik
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023· Politik
Petik ayat al-Quran gesa sokong kerajaan, MP DAP bukan Islam disiasat
September 22, 2023· Politik
Popular
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
September 23, 2023
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
September 23, 2023
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023
Lagi Politik terkini
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
24 jam lalu · Politik
MP Tanah Merah dakwa jurugambar PMX sengaja tular gambar fitnah, lapor polis
September 22, 2023 · Politik
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023 · Politik
Sokongan orang Melayu kepada kerajaan PH-UMNO berkurangan: Ramasamy
September 22, 2023 · Politik
Bukan mahkamah bebaskan Zahid tapi pendakwa raya tarik pendakwaan: Idris
September 22, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tok Guru Hadi di Simpang Pelangai
20 jam lalu
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok