‘Makhluk asing’ mana yang tuduh kerajaan gagal tangani Covid-19?

July 12, 2021 · Politik

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas individu dan parti yang masih mendakwa kerajaan gagal menangani penularan pandemik Covid-19, sedangkan belum ada mana-mana negara di dunia ini yang boleh mengaku sudah berjaya mengawal wabak itu.

Tanpa menamakan mana-mana pihak, beliau dalam kenyataan hari ini membayangkan individu dan parti berkenaan sebagai ‘makhluk asing’ yang berada di planet lain, bukan di bumi.

“Hanya mereka yang masih gila berpolitiking membuat kenyataan bahawa Malaysia sudah gagal menangani wabak Covid-19, seolah-olah mereka berada di planet lain bukan di alam bumi.

“Hal ini disebabkan oleh nafsu politik angkuh mereka terlalu tinggi dan sangat rakus mahu berkuasa, sehingga mendabik dada dalam menyelesaikan masalah seperti apa yang dijanjikan dalam manifesto PRU-14 dahulu,” katanya dipercayai merujuk kepada Pakatan Harapan (PH) dan individu dalam UMNO yang bersekutu dengan pembangkang untuk memburuk-burukkan kerajaan.

Awal pagi Khamis lalu, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan menarik diri menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, memberi tujuh sebab berbuat demikian yang salah satu diletakkan pada tempat teratas adalah kegagalan kerajaan menangani pandemik Covid-19.

Pada masa sama sekutunya daripada PH turut menyokong tindakan Zahid dan mengiakan tuduhan terhadap kerajaan PN.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Marang itu berkata, sehingga kini, belum ada negara dalam dunia yang boleh mendabik dada sudah berjaya menghadapi penularan wabak pandemik Covid-19, namun tidak ada yang berputus asa.

Bagaimanapun Hadi berkata, pihak yang gila berpolitik itu masih ingin mengaku boleh menyelesaikan semua masalah dalam sekelip mata sahaja, sehingga sanggup merempuh keadaan paling mencabar yang masih dihadapi oleh mereka yang berada di barisan hadapan.

“Pasukan barisan hadapan berusaha penuh gigih dengan mengambil langkah pencegahan khususnya meningkatkan jumlah suntikan vaksin dengan seluas-luasnya bagi menyelamatkan rakyat, serta memberikan kefahaman akan kepentingannya kepada seluruh rakyat.

“Namun, sikap mereka yang terlalu berpolitiking mendakwa bahawa kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia yang melaksanakan tugas secara langsung melaporkan angka statistik penularan wabak Covid-19, dianggap sebagai berpolitik.

“Walaupun pihak yang melaporkan angka statistik tersebut wajib berterus terang, tidak boleh menyembunyikan realiti atau kenyataan sebenar yang berlaku di lapangan,” katanya.

Beliau meyifatkan pihak yang mencabar petugas yang menunaikan kewajipan menangani wabak ini, seperti orang buta memarahi orang yang menolongnya untuk menyeberangi jalan yang sibuk dan lalu lintas yang berbahaya.

“Sepatutnya berterima kasih kerana ada orang yang menolongnya, tetapi dibalas dengan maki hamun, seolah-olah tiada pertimbangan akal yang sihat, sudahlah matanya pula buta,” katanya.

Hadi turut memberi contoh beberapa negara yang mengisytiharkan darurat secara menyeluruh atau terhad, apabila keadaan pandemik Covid-19 menjadi semakin parah dan mengambil tindakan yang pantas.

Negara-negara itu katanya, bukan sahaja menghadapi wabak, tetapi juga terpaksa berusaha untuk menyelesaikan kesan sampingan terhadap kehidupan rakyat.

“Dalam keadaan yang mencabar seperti ini, peranan semua pihak adalah wajib bagi menyelamatkan keadaan secara bersama dan menolak segala kepentingan peribadi, puak dan kumpulan.

“Di sinilah pentingnya memelihara perpaduan dan permuafakatan yang sedia terjalin bagi meredakan ketegangan dan mewujudkan kestabilan politik dalam negara,” katanya.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
14 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok