Majoriti rakyat tolak kluster mahkamah dalam Kabinet bakal dibentuk Anwar

November 29, 2022 · Politik

Kluster mahkamah tidak wajar diberikan tempat dalam barisan Kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN).

Majoriti rakyat dalam tinjauan dibuat oleh portal berita Awani menolak sekiranya ahli politik yang terpalit kes mahkamah berada dalam barisan menteri yang bakal diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi tinjauan pungutan suara di laman sesawang Awani, 90% pengundi daripada 6,118 responden berpendapat tidak wajar untuk meletakkan mana-mana Ahli Parlimen yang terkait dengan kes mahkamah untuk menyertai senarai Kabinet PM Anwar.

Manakala lapan peratus beranggapan ia suatu hal yang wajar dan dua peratus lagi tidak peduli.

Terdahulu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menggesa Anwar tidak membawa masuk pemimpin kluster mahkamah dalam kerajaan bakal dibentuknya.

Bersih membuat pendirian ahli politik yang berdepan pendakwaan di mahkamah perlu diketepikan daripada barisan pentadbiran kerajaan yang akan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Bersih berpandangan bahawa sehingga dan melainkan kedua-dua pihak pendakwaan dan kehakiman benar-benar bebas daripada pengaruh politik, ahli politik yang masih mempunyai kes mahkamah mengambil jawatan eksekutif adalah langsung tidak boleh diterima.

“Ini kerana sebarang pembebasan akan dilihat sebagai pemberian pengampunan kepada mereka yang di pihak Eksekutif, sekalipun jika kes mereka secara meritnya layak dibebaskan.

“Hal ini akan melumpuhkan keyakinan rakyat terhadap kedua-dua AGC dan kehakiman,” kata Bersih.

Bersih juga mengingatkan bahawa gerakan politik sedemikian boleh menimbulkan keraguan terhadap integriti kerajaan Anwar dan mencemarkan reputasi negara.

Bersih juga meluahkan kebimbangan dengan cadangan pihak tertentu dan individu supaya Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dipertimbangkan untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam pembentukan kabinet baru nanti.

“Zahid masih dalam perbicaraan untuk 47 pendakwaan jenayah pecah amanah dalam kes Yayasan Akalbudi.

“Walaupun beliau telah dibebaskan daripada 40 tuduhan rasuah skim visa VLN oleh Mahkamah Tinggi pada 22 September lalu, pasukan pendakwaan juga telah mengemukakan rayuan untuk kes tersebut,” kata Bersih.

Bersih juga menggesa semua parti dalam kerajaan campuran supaya mengelak daripada menamakan individu yang sedang berdepan dengan kes mahkamah untuk pertimbangan Anwar.

“Wakil rakyat yang sedang menjalani kes rasuah seperti (Pengerusi DAP) Lim Guan Eng, Presiden Muda) Syed Saddiq dan (Pengerusi BN Sabah) Datuk Seri Bung Mokhtar Radin, tidak boleh dilantik ke dalam kabinet sehingga kes mereka selesai sepenuhnya oleh mahkamah tanpa sebarang campur tangan Eksekutif melalui Jabatan Peguam Negara,” katanya lagi.

Terdahulu, spekulasi tercetus selepas Anwar memberi bayangan tidak menolak pemimpin kluster mahkamah bakal dibawa masuk dalam Kabinet memandangkan seseorang itu masih tidak didapati bersalah selagi hukuman belum dijatuhkan.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Bayangkan penyokong tegar DAP akan undi UMNO, kata Wan Saiful
March 1, 2023
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
10 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok