Majoriti pengundi Tambun tolak Anwar

November 20, 2022 · Politik

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya menang majoriti 3,736 undi sahaja apabila memperoleh 49,625 undi dalam saingan empat penjuru di Parlimen Tambun pada PRU-15 semalam (19 November 2022).

Pada PRU-14 lalu, penyandangnya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang bertanding atas tiket PKR menang dengan majoriti 5,320 undi.

Dua pencabar utama Anwar kali ini, Ahmad Faizal yang juga calon Perikatan Nasional memperoleh 45,889 undi, dan calon BN, Datuk Aminuddin Md Hanafiah (28,140 undi), manakala calon Pejuang Abdul Rahim Tahir hilang deposit apabila mendapat 1,115 undi.

Dicampur undi diperoleh calon Perikatan Nasional, BN dan Pejuang, bermakna majoriti pengundi Parlimen Tambun telah menolak Presiden PKR itu daripada mewakili mereka.

Majoriti sokongan diperoleh Anwar adalah daripada pengundi kaum Cina di Tambun yang sinonim dengan PH dan DAP, berbanding bangsa Melayu yang menolaknya adalah lebih tinggi.

Sementara itu, bagi kerusi tumpuan lain, calon Perikatan Nasional Parlimen Pasir Salak Jamaluddin Yahya menang dengan majoriti 5,003 undi apabila memperoleh 24,897 undi.

Beliau mengalahkan tiga calon lain iaitu Khairul Azwan Harun (BN); Ustaz Nik Omar (PH); dan Zairol Hizam Zakaria (Pejuang).

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
11 jam lalu· Politik
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022· Isu semasa
Hormati pengantin baharu, calon BN bakal beri laluan kepada PH di Padang Serai
December 2, 2022· Politik
MB Pahang pun sudah jadi macam Zahid, kuat menipu sekarang: Saifuddin
December 2, 2022· Politik
Popular
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
December 3, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
December 3, 2022
Reformasi apa jika Anwar turut pegang Kementerian Kewangan?
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid hadapi tuduhan rasuah, tak patut dilantik jadi TPM: BERSIH
11 jam lalu · Politik
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
11 jam lalu · Politik
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
11 jam lalu · Politik
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
14 jam lalu · Politik
Kewibawaan Kabinet Anwar terjejas setelah Zahid dilantik TPM: IDEAS
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok