Main semula video lama, calon Lunas minta peguam saman media dan individu

August 3, 2023 · Politik

Tindakan undang-undang akan diambil terhadap sebuah media dan seorang individu kerana menularkan kembali video lama melibatkan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Lunas, Khairul Anuar Ramli.

Khairul Anuar sudah meminta peguamnya untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap pihak terlibat yang memainkan video tiga tahun lepas dan akan menuntut RM10 juta dalam tuntutan saman yang akan dikemukakan nanti.

Tegas Khairul Anuar, dia tidak akan berkompromi dalam perkara itu dan tidak akan memberi ruang kepada mana-mana pihak untuk meminta maaf.

“Saya juga geli hati dengan tajuk yang dinyatakan iaitu ‘calon PN DUN Lunas telah bertindak menolak warga emas’.

“(Ini) juga cubaan merosakkan reputasi saya, sedangkan individu yang ditolak itu hanya empat tahun lebih tua daripada saya.

“Saya akan mendakwa beberapa media yang melaporkan bahawa kejadian itu berlaku semasa kempen PRU ke-15.

“Ia mengelirukan masyarakat dan orang awam. Kejadian itu berlaku tiga tahun lalu.

“Saya akan teruskan dengan dakwaan itu. Amat keterlaluan, mereka menyerang peribadi saya, jatuh maruah keluarga saya, Bersatu dan juga maruah penyokong PN,” katanya dipetik laporan berita.

Khairul Anuar ditemui wartawan di pusat daerah mengundi Padang Serai malam tadi.

Kenyataan itu dibuat selepas klip berdurasi 19 saat memaparkan Khairul Anuar menolak seorang lelaki tersebar pada hari Selasa dan menjadi tular di media sosial.

Khairul yang juga Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Kedah menjelaskan klip tular itu disunting daripada video sebenar yang berdurasi 8 minit.

“Ini bukan video baru, ini dah tiga tahun lepas, diviralkan di media sosial dan ada yang mendapat tontonan sehingga empat juta.

“Video yang dirakam itu berdurasi lapan minit, tapi yang diviralkan hanya 19 saat dan tidak memaparkan keseluruhan apa yang berlaku.

“Kalau nak viral boleh tetapi siarkan sepenuhnya supaya rakyat dapat nilai.

“Dia datang minta bantuan, tapi dia mengeluarkan kata-kata kesat kepada isteri saya, isteri saya dimaki hamun sejak awal lagi.

“Selain itu, dia bertindak masuk pejabat saya di Lunas untuk merampas barang bantaun yang ada. Cara dia maşuk juga, dengan memakai kasut,” jelasnya lagi.

Menjelaskan perkara itu, Khairul berkata lelaki dalam klip video tersebut telah membuat laporan polis.

Jelas Khairul Anuar, susulan itu dia kemudian didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 334 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024· Politik
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Popular
Buang pengkhianat dalam UMNO, sertai kempen ‘Asal bukan Zahid’
January 4, 2023
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok