Mahu jadi dominan, Anwar sahkan Amanah akan digabung dalam PKR

December 1, 2021 · Politik

Bagi memastikan parti diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi dominan, langkah untuk membubarkan Parti Amanah sedang dibincang dan ia bakal digabung masuk dalam PKR.

Presiden PKR itu mengakui terdapat cadangan tersebut untuk menggabungkan Amanah dengan PKR, bagaimanapun ia masih diperingkat awal dan akan perbincangan lebih lanjut akan dijalankan terlebih dahulu sebelum penggabungan tersebut berhasil.

“Ya, ya ia dikemukakan dan ia dalam pengetahuan pimpinan Keadilan (PKR) dan Amanah. Tetapi kami belum bincang perkara ini lebih lanjut.

“Apa pun pandangan kita dengar, kita bincang tiada masalah, tapi belum lagi sampai ke tahap itu,” katanya dipetik portal FMT.

Spekulasi berhubung penggabungan dua parti tersebut timbul susulan kekalahan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

PRN Melaka menyaksikan PKR tersungkur semua kerusi yang mereka bertanding, malah blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) hanya memenangi lima kerusi berbanding 13 kerusi yang diperolehnya pada pilihan raya umum 2018 lalu.

Untuk rekod, Amanah merupakan parti serpihan daripada PAS yang ditubuhkan pada September 2015 dan diketuai Presidennya, Mohamad Sabu.

Anwar dipersalahkan dalam PRN Melaka kerana keputusannya meletak calon ‘katak berprinsip’ sehingga mengundang kecaman rakan parti komponen PH, DAP dan Amanah.

Malah, akar umbi DAP dan Amanah juga sudah berani secara terbuka mendesak supaya Anwar berundur bagi digantikan dengan calon Ketua Pembangkang yang lebih berwibawa dan berkemampuan mengemudi gabungan parti pembangkang itu.

Terdahulu, seorang Ahli Parlimen (MP) PKR, Hassan Abdul Karim juga membuat cadangan supaya parti itu keluar daripada PH dan bertanding secara solo kerana tidak berpuas hati dengan tindakan pemimpin DAP dan Amanah yang menghentam Anwar selepas PRN Melaka.

“Kalau itu kehendak mereka, buanglah Anwar sebagai Pengerusi PH atau Ketua Pembangkang. Lepas itu buanglah PKR dari PH. Kita hendak tengok adakah mereka berani.

“Kalau mereka sudah tidak sudi menerima kita, apa yang kita boleh buat. Kita masuklah PRU-15 nanti secara ‘solo’. Kita gunakan logo parti kita sendiri. Kalau mereka hendak terajang PKR dari PH, terajanglah jika mereka sudah angkuh sangat. Bersedialah kemungkinan ini,” katanya.

Hassan yang juga MP Pasir Gudang itu juga membidas DAP dan Amanah yang menjadikan Anwar mangsa kritikan selepas kekalahan PRN Melaka.

“Apabila PH kalah di Melaka, Presiden kita, Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi mangsa dikritik hebat pemimpin DAP, Parti Amanah serta anggota mereka. Disuruh berundur, kita dengar suara kurang sopan, angkuh dan sombong dihamburkan terhadap presiden kita.

“Mungkin DAP dan Amanah sudah terlalu kuat sekarang dan mereka tidak anggap PKR penting. Mungkin bagi anggapan mereka Anwar dan PKR sudah hilang daya tarikan dan sokongan rakyat,” katanya dipetik laporan media.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
Popular
PMX ulang gesaan supaya Dr M, Daim bawa balik kekayaan
May 7, 2023
PRU-15: Senarai calon UMNO menang Parlimen
November 21, 2022
Zahid tiada ciri ketua kerajaan untuk jadi Perdana Menteri
April 13, 2021
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok