Mahkamah tolak petisyen calon BN bagi DUN Sungai Udang

June 8, 2022 · Politik

Mahkamah Pilihan Raya Melaka hari ini, menolak petisyen yang difailkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad, bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang.

Hakim Mahkamah Pilihan Raya, Datuk Azman Abdullah, memutuskan demikian selepas meneliti dan mendengar keterangan 20 saksi sepanjang perbicaraan yang bermula 24 Mac hingga 20 April lepas, lapor Bernama.

Peguam, Rosli Dahlan, yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Dr Mohd Aleef Yusof, berkata mahkamah memutuskan tuduhan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pengurus pilihan raya DUN Sungai Udang dan Dr Aleef, berkaitan penyelewengan dalam pengundian ketika PRN Melaka pada 20 November lalu adalah tidak benar.

“Dua tuduhan berkenaan penyogokan mengenai rasuah oleh Dr Aleef juga tidak benar. Untuk itu mahkamah mendapati bahawa segala aduan tersebut tidak berasas,” katanya ketika ditemui pemberita selepas keputusan itu di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh di sini hari ini.

Rosli berkata, pihaknya bersyukur keputusan hari ini memihak kepada anak guamnya dan tiada asas untuk keputusan tersebut dibantah.

“Sebab itulah dari awal kita membuat bantahan awal bahawa kes ini tidak perlu dibawa kepada perbicaraan, namun kita hormati mahkamah yang mana keterangan dalam kes petisyen pilihan raya perlu didengar bagi memuaskan hati rakyat bahawa tiada penyelewengan, penyogokan dan rasuah dalam kes ini,” katanya.

Mohamad Ali yang diwakili peguam Amin Othman, Datin Rosfinah Rahmat, Wan Hamidah Wan Ismail dan Nor Hazira Abu Haiyan, tidak hadir pada prosiding hari ini.

Pada PRN Melaka 20 Nov tahun lepas, Dr Mohd Aleef yang merupakan calon Perikatan Nasional (PN) menang dengan majoriti 530 undi selepas mendapat 6,789 undi, menewaskan Mohamad Ali yang mendapat 6,259 undi.

Pertandingan empat penjuru di kerusi Sungai Udang itu turut menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH) Hasmorni Tamby mendapat 2,035 undi dan calon Bebas, Mohd Zahar Hashim pula hilang deposit selepas menerima 471 undi sahaja.

Mohamad Ali yang tewas dalam PRN itu memfailkan petisyen pada 14 Dis lepas bagi membatalkan keputusan yang memihak kepada Dr Aleef.

Beliau memfailkan petisyen kepada tiga responden iaitu Dr Aleef, SPR dan pengurus pilihan raya bagi DUN Sungai Udang.

Perbicaraan petisyen pilihan raya telah bermula pada 24 Mac selepas mahkamah menolak bantahan awal yang dikemukakan ketiga-tiga responden itu.

Berita berkaitan
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
December 1, 2023· Isu semasa
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Perikatan Nasional umum 23 muka baharu di Kelantan, Menteri Besar pertahan kerusi
July 28, 2023
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
15 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok