Mahkamah tolak permohonan MP Labuan untuk pindah kes

August 2, 2022 · Politik

Perbicaraan kes Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli, yang berdepan pertuduhan menggunakan kedudukan untuk mendapatkan kontrak pekerjaan bagi Syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd, kekal didengar di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di sini.

Ia susulan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin yang menolak permohonan Rozman supaya kes itu dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi, lapor Bernama.

Mahkamah juga menolak permohonan Rozman untuk menggantung perbicaraan kes itu kerana tidak wujud keadaan istimewa atau luar biasa yang mewajarkan penggantungan.

Muhammad Jamil berkata Rozman menyatakan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Labuan mewajarkan kesnya dibicarakan di Mahkamah Tinggi atas kepentingan keadilan selain kes itu telah mendapat tumpuan serta perhatian dan dilaporkan di dalam media kerana ia melibatkan kepentingan awam.

“Bukan suatu undang-undang bahawa pemohon yang merupakan seorang Ahli Parlimen, maka perbicaraan kesnya sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Persoalannya adalah sama ada tertuduh yang ingin kesnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi telah memenuhi kehendak dalam Seksyen 417 (b) (1) Kanun Tatacara Jenayah (persoalan undang-undang).

“Semua tertuduh mesti dilayan sama rata tanpa menghiraukan status. Pemohon yang merupakan seorang ahli politik tidak seharusnya diberi layanan berbeza jika memohon untuk kesnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Dia (Rozman) sama seperti tertuduh lain yang mesti memenuhi kehendak mana-mana satu perenggan dalam Seksyen 417 (1) Kanun Tatacara Jenayah,” katanya.

Mengenai isu persoalan undang-undang, Muhammad Jamil berkata pemohon menyatakan terdapat tiga persoalan undang-undang yang sukar, rumit dan luar biasa berkemungkinan besar akan ditimbulkan dalam perbicaraan kesnya.

Menurut hakim itu, persoalan undang-undang mestilah sesuatu yang unik atau tidak pernah diputuskan sebelum ini.

“Pada pandangan saya, tiga persoalan undang-undang tersebut bukan tergolong dalam persoalan undang-undang yang luar biasa. Pemohon juga tidak mencabar kewibawaan hakim Mahkamah Sesyen dan sudah tentu hakim Mahkamah Sesyen berupaya untuk membuat pertimbangan, seterusnya membuat keputusan sekiranya berdepan dengan persoalan undang-undang.

“Pemohon telah gagal memenuhi kehendak di perenggan Seksyen 417 (1) (b) Kanun Tatacara Jenayah. Permohonan pemohon untuk memindahkan kesnya ke Mahkamah Tinggi dan permohonan menggantung prosiding kes (perbicaraan) di Mahkamah Sesyen ditolak,” kata hakim itu.

Prosiding hari ini dihadiri peguam Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Rozman dan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Feisal Mohd Azmi.

Sebelum ini, perbicaraan kes itu ditetapkan pada 11 dan 12 Ogos di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob.

Rozman, 57, didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Timbalan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan, telah menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan iaitu kontrak pekerjaan sebagai operator Dermaga Merdeka Pelabuhan Labuan bagi Syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd, yang bapa dan adik lelakinya mempunyai kepentingan.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Bilik Mesyuarat TKSU, Aras 9, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Jalan Tun Hussein, Presint 4, Putrajaya antara 2.30 hingga 5.30 petang pada 21 Mac 2018.

Pertuduhan mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun serta denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Berita berkaitan
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
11 jam lalu· Isu semasa
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
13 jam lalu· Isu semasa
Anwar atas pentas PAU, perwakilan dalam dewan laung ‘bebas Najib’
18 jam lalu· Politik
Perbicaraan 10 kes bekas Menteri Besar Perlis dari UMNO berjalan serentak
19 jam lalu· Isu semasa
Popular
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
June 9, 2023
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
June 9, 2023
Tajuddin kata Ahmad punca pengaruh UMNO merosot
June 9, 2023
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
June 9, 2023
Lagi Politik terkini
Minggu depan saya jumpa Muhyiddin, kata KJ
6 jam lalu · Politik
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
9 jam lalu · Politik
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
10 jam lalu · Politik
Tajuddin kata Ahmad punca pengaruh UMNO merosot
12 jam lalu · Politik
Tiada masalah DAP beri jawatan Exco kepada UMNO jika menang PRN, kata KM Pulau Pinang
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
15 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok