Mahkamah benarkan Bersatu cabar pembekuan akaun, larangan perjalanan Muhyiddin

May 30, 2023 · Politik

Bersatu dibenarkan untuk mencabar keputusan pembekuan dua akaun yang dibuat pihak berkuasa sebelum ini dan juga permohonan untuk membatalkan larangan perjalanan yang dikenakan kepada Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid semasa prosiding hari ini membenarkan permohonan semakan yang dibuat Bersatu untuk meneruskan tindakan undang-undang bagi mencabar tindakan pembekuan akaun dan larangan perjalanan.

Hakim memutuskan terdapat isu yang boleh dibicarakan berkenaan arahan pembekuan akaun dan larangan perjalanan, yang memerlukan penghujahan pihak terlibat dalam perbicaraan penuh, menurut laporan Malaysiakini.

Dengan kebenaran itu, mahkamah akan mendengar penghujahan pihak terlibat berhubung merit semakan kehakiman tersebut.

Bersatu membuat permohonan tersebut pada 8 Mac lalu, bagi mencabar keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan dua akaun banknya – di CIMB Islamic Bank Berhad dan AmBank (M) Berhad – serta keputusan imigresen untuk mengenakan larangan perjalanan terhadap Muhyiddin.

Pada Mac lalu, Bersatu membuat semakan kehakiman yang difailkan Datuk Muhammad Suhaimi Yahya dan Muhyiddin bagi pihak parti berkenaan di Mahkamah Tinggi, semalam melalui Tetuan Chetan Jethwani & Co.

Ia menamakan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki; Pengarah Kanan Bahagian siasatan, Datuk Seri Hishamuddin Hashim; Pengarah bahagian oencegahan pengubahan wang haram (AML), Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Sri Khairul Dzaimee Daud, selaku respoden pertama hingga keempat.

Pemohon turut menamakan 16 lain sebagai responden keenam hingga ke-20.

Menerusi permohonan itu, Bersatu mendakwa tindakan membekukan akaun milik parti itu dilakukan dengan niat jahat.

Menurut dokumen mahkamah, Bersatu mendakwa tindakan itu adalah penyalahgunaan kuasa dan proses undang-undang dalam merencanakan siasatan serta pemangsaan politik terpilih terhadap kepimpinan BERSATU, Perikatan Nasional (PN) dan Muhyiddin.

Pemohon mendakwa, Muhyiddin turut dikenakan larangan perjalanan oleh responden keempat untuk mencemar nama baik dan seolah-olah beliau melakukan kesalahan dan akan melarikan diri.

Sehubungan itu, pemohon memohon perisytiharan mahkamah terhadap SPRM bahawa suruhanjaya itu tidak boleh mengikut arahan pemimpin parti pemerintah yang berada dalam kerajaan atau mengikut arahan perdana menteri dan/atau timbalan perdana menteri dengan meminta pegawai SPRM memulakan siasatan terhadap Bersatu, menyebabkan keluarnya perintah pembekuan yang didakwa salah.

Ia turut memohon perintah interim supaya Muhyiddin dibolehkan bergerak bebas dan membuat perjalanan ke luar negara tanpa sekatan.

Bersatu juga memohon perintah certiorari untuk membatalkan perintah pembekuan yang dikeluarkan ke atas parti itu mengikut Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Ia turut memohon perisytiharan bahawa sebagai parti politik yang berdaftar secara sah, ia mempunyai hak dilindungi mengikut Perlembagaan Persekutuan dan hak asasinya tidak boleh dilanggar secara salah untuk tujuan kolateral.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024· Isu semasa
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022
Pemuda UMNO kekal pendirian, tak takut cabaran Dong Zong: Akmal
May 2, 2023
UMNO dah tak marah Adam dulu bawa turun bendera Najib, kata Akmal
May 14, 2023
Lagi Politik terkini
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok