Lompat parti empat Ahli Parlimen Sabah, AGC akan bantah permohonan Bersatu

June 1, 2023 · Politik

Jabatan Peguam Negara (AGC) akan membantah permohonan parti Bersatu untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman terhadap Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul dan empat Ahli Parlimen (MP) di Sabah.

Bersatu memfailkan tindakan undang-undang memohon supaya Johari mengosongkan empat kerusi Parlimen di negeri berkenaan.

Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly yang mewakili AGC berkata pihaknya akan membuat bantahan tersebut pada pendengaran permohonan kebenaran semakan kehakiman 29 Ogos ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Amarjeet Singh, menurut laporan Bernama.

“Tarikh pendengaran tersebut telah ditetapkan pada pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Timbalan Pendaftar Firdaus Sidqi Sharil Azli hari ini,” katanya ketika dihubungi.

Peguam Chetan Jethwani mewakili Bersatu ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya selaku pegawai awam pertubuhan parti itu pada 17 April lepas.

Parti itu yang bertindak sebagai pemohon menamakan Johari serta empat Ahli Parlimen terlibat iaitu Datuk Armizan Mohd Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Datuk Jonathan Yasin (Ranau) dan Datuk Matbali Musah (Sipitang) sebagai responden pertama hingga kelima.

Dalam permohonan itu, parti berkenaan memohon suatu perintah untuk membatalkan keputusan Johari melalui surat bertarikh 16 Jan lepas yang menyatakan responden kedua hingga kelima telah memberi penjelasan dan mengesahkan bahawa tiada berlakunya kekosongan kerusi Parlimen berkenaan berdasarkan tafsiran Perlembagaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Perlembagaan Bersatu.

Bersatu juga memohon satu deklarasi bahawa empat ahli Parlimen itu telah berhenti menjadi ahli Dewan Rakyat mengikut Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan, selain perintah supaya Johari mengesahkan berlakunya kekosongan luar jangka bagi semua kerusi Parlimen berkenaan.

Berita berkaitan
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
September 30, 2023· Politik
Penipuan tuntutan dana MITRA, perunding perniagaan didakwa
September 27, 2023· Isu semasa
Permohonan Najib ketepi injunksi saman 1MDB beku aset RM681 juta ditolak
September 27, 2023· Isu semasa
Kerusi Kemaman: PAS akan teliti sama ada merayu atau tidak keputusan mahkamah
September 27, 2023· Politik
Popular
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
October 1, 2023
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023
Lagi Politik terkini
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
48 minit lalu · Politik
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
11 jam lalu · Politik
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
13 jam lalu · Politik
Buat kali pertama, DUN Terengganu bersidang tanpa pembangkang
20 jam lalu · Politik
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
10 jam lalu
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok