Lokman yakin Zahid sebagai PM baharu takkan biar duduk dalam penjara

September 13, 2022 · Politik

Selepas berdepan pertuduhan di mahkamah kerana mengkritik Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri dan terbaharu dikenakan tindakan saman, Datuk Lokman Noor Adam mengharapkan Presiden UMNO akan dapat menjadi PM baharu selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Lokman yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata tidak gentar berdepan tindakan yang sedang dihadapinya kerana mengkritik Ismail Sabri kerana jika Zahid dapat menjadi PM, tidak mungkin akan membiarkan dirinya meringkuk dalam penjara nanti.

“Kalau dia nak penjarakan kita pun makan masa, kalau masuk penjara pun setahun dua tahun, Barisan Nasional menang, kita akan ada Perdana Menteri yang baharu

“Takkan PM yang baharu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kalau diizinkan Allah nak biarkan saya duduk dekat penjara, betul tak?” kata semasa bersiaran langsung dalam Facebook semalam.

Lokman semalam dilaporkan media disaman Ismail Sabri kerana memuat naik video mengandungi kenyataan berniat jahat, fitnah dan tidak benar terhadapnya.

Ismail Sabri, 62, yang juga Naib Presiden UMNO, selaku plaintif memfailkan saman itu atas kapasiti peribadinya menerusi Tetuan Kesavan pada Khamis lalu (8 September), dengan menamakan Lokman, 49, sebagai defendan.

Untuk rekod, Lokman juga didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua tuduhan membuat hantaran jelik terhadap kerajaan dan Ismail Sabri.

Mengikut kertas pertuduhan, Lokman membuat dan memulakan penghantaran bersifat jelik menggunakan Facebook atas nama profil ‘Lokman Noor Adam Official’ dengan niat untuk menyakitkan hati, pada jam 11.16 malam dan 10.28 malam, 20 dan 22 Ogos lalu.

Oleh itu, Lokman sebagai orang kena saman (OKS) melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Jika disabitkan kesalahan, OKS boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, selain didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Bagaimanapun, Lokman, 49, mengaku tidak bersalah selepas tuduhan itu.

Berhubung pertuduhan dihadapinya tersebut, Lokman juga menggesa supaya Zahid segera mengambil tindakan sekiranya tidak mahu menerima nasib sama sepertinya yang sedang berdepan tindakan di mahkamah kerana mengkritik Ismail Sabri ketika ini.

“Kita harapkan dia bertindak sebelum dia pun menerima nasib yang sama macam kita… kita harap lah,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
15 jam lalu· Politik
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
15 jam lalu· Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
15 jam lalu· Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
23 jam lalu· Isu semasa
Popular
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023
Lagi Politik terkini
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
15 jam lalu · Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
23 jam lalu · Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
24 jam lalu · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
6 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok