Lokman Adam mohon maaf fitnah Annuar Musa

April 21, 2021 · Politik

“Kepada Allah saya berserah… Selamat Berpuasa. Semoga Ibadat diterima Allah.”

Ringkas sahaja ulasan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa ketika memuat naik pernyataan maaf Lokman Adam dalam laman Facebook beliau hari ini.

Lokman yang dibuang daripada UMNO pada 2020 membuat permohonan maaf kerana memfitnah Annuar dalam laman Facebook dan YouTube.

“Saya dengan setulus hari dan sejujurnya memohon maaf tanpa syarat kepada YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa di atas kenyataan salah dan tuduhan melulu yang dibuat saya terhadap beliau.

“Saya mengakui pernyataan yang saya keluarkan terhadap beliau adalah salah dan saya akui ‘Whatsapp’ tersebut adalah tidak berkaitan langsung dengan YB Tan Sri Annuar Musa,” kata Lokman.

Dia sebelum ini membuat fitnah terhadap Annuar dengan memuat naik kenyataan dalam Facebook dan YouTube dengan tajuk ‘((Gempar)) Whatsapp antara Zafrul/Annuar Musa/Takiyuddin – projek untuk ibu Zafrul & anak Muhyiddin’ pada 13 Disember 2020.

Dia mengakui mengeluarkan kenyataan juga telah menjejaskan nama baik, imej, integriti dan reputasi Annuar sehingga terpalit dnega ulasan-ulasan berbaur fitnah.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023· Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023· Politik
Fitnah dana judi, MP Pasir Mas kata ingatkan sudah selesai siasatan
November 10, 2023· Politik
Bicara saman fitnah Dr Mahathir terhadap Zahid bermula 13 Februari 2024
November 4, 2023· Politik
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022
Pengampunan diraja: Bukan bermakna anda tidak bersalah : Anwar
June 16, 2023
Akar umbi tolak Anwar, tapi Presiden mahu pula: Ismail Mohamed
April 25, 2021
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok