Lima calon anak muda profesional PN galas misi generasi masa depan

November 6, 2022 · Politik

Lima muka baharu anak muda profesional berusia di bawah 33 tahun yang ditawarkan Perikatan Nasional (PN) di lima kawasan Parlimen, dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November ini, berdepan saingan sengit antara dua hingga tujuh calon lain.

Kelima-lima anak muda ini disahkan sebagai calon PRU-15 setelah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima borang pencalonan masing-masing semalam (Sabtu, 5 November 2022).

Mereka adalah Muhammad Nazrul Hakim Nazir, 27 tahun yang akan bertanding di kerusi P.102 Bangi; Nurul Fadzilah Kamaluddin, 33 tahun (P.118 Setiawangsa); Lim Si Ching, 30 tahun, (P.106 Damansara); Muhammad Harris Idaham Abdul Rashid, 30 tahun (P.053 Balik Pulau); dan Dr Siti Mastura Muhammad, 33 tahun (P.041 Kepala Batas).

Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata gaya kepemimpinan anak muda yang diketengahkan ini boleh membawa penyelesaian inovatif kepada masalah yang kurang diberi perhatian atau diabaikan sebelum ini.

“Kami mahu mengangkat suara anak muda ke tahap lebih tinggi! Inilah komitmen kami di Perikatan Nasional.

“Alhamdulillah kali ini Perikatan Nasional menonjolkan calon anak muda yang segar dan benar-benar berkualiti agar mampu menjadi jurubicara kepada suara anak muda di luar sana,” katanya hari ini.

PN komited membawa kumpulan anak muda ke Dewan Rakyat supaya mereka dapat membantu melakukan perubahan dasar yang boleh menjadikan negara berfungsi dengan lebih baik untuk golongan muda dan generasi akan datang.

Jika kita memberi perhatian, kita akan melihat bahawa terdapat banyak lagi kebaikan yang berlaku dalam sistem demokrasi kita daripada yang dijangkakan, sekiranya lebih ramai suara anak muda diketengahkan ke peringakt lebih tinggi.

Apabila bercakap mengenai pemimpin muda yang mencari jalan untuk melakukan perubahan dasar yang sangat diperlukan, terdapat begitu banyak titik terang dan bintang yang semakin meningkat dalam kalangan mereka. Dan inilah yang dilakukan PN iaitu mencalonkan anak muda untuk menjadi wakil di kawasan Parlimen masing-masing.

Peluang yang kita ada adalah untuk memastikan bahawa penggubal undang-undang muda ini mendapat sokongan yang mereka perlukan untuk meneruskannya agenda generasi masa depan.

Muhyiddin turut berkongsi latar belakang lima calon anak muda ini:

1. MUHAMMAD NAZRUL HAKIM BIN NAZIR, 27 TAHUN (P.102 BANGI)

Menarik anak muda berusia 27 tahun ini telah menghafal 30 juzuk Al Quran. Seawal usia 25 tahun beliau telah pun mendapat kepercayaan Menteri Hal Ehwal Agama di bawah Kabinet pimpinan saya iaitu YB Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al- Bakri sebagai Pegawai Khas beliau.

Pemilihan graduan undang-undang syariah USIM ini yang sangat mesra dengan anak muda sebagai calon semestinya menggambarkan betapa serius kami di Perikatan Nasional mahu mengangkat suara anak muda.

Muhammad Nazrul akan berdepan Jamal Hisham Hashim (Bebas); Hoh Lee Lee (BN); Fauzi Hasim (Bebas); Suthan Mookiah (Bebas); Chee Chee Meng (PRM); Syahredzan Johan (PH); dan Anuar Salleh (GTA).

2. NURUL FADZILAH BINTI KAMALUDDIN, 33 TAHUN (P.118 SETIAWANGSA)

Hebat peguam wanita muda ini. Seorang “Best Student” sejak zaman persekolahan sehingga ke zaman universiti. Bukan sahaja cemerlang dari aspek pendidikan bahkan Ketua Serikandi Muda Bersatu ini juga sangat aktif dalam berpersatuan dan aktiviti kesukanan.

Beliau merupakan pensyarah sambilan di UIA dan juga pengacara TV Al Hijrah bagi slot Bicara Fail Syariah. Selain itu beliau seperti saudara Nazrul tadi telah pun menghafal 30 Juzuk Al Quran. Sememangnya inilah pakej wanita muda yang harus diketengahkan.

Beliau akan berdepan Nik Nazmi Nik Ahmad (Penyandang – PH); Bibi Sunita Sakandar Khan (Pejuang); Izudin Ishak (BN); Lim Yen Tiong (Bebas); dan Mior Rosli Mior Mohd Jaafar (Bebas).

3. LIM SI CHING, 30 TAHUN (P.106 DAMANSARA)

Anak muda lepasan Birmigham City University ini terlibat aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan tanpa mengira bangsa. Aktif menjadi sukarelawan dalam pelbagai bentuk. Kemahirannya dalam pengurusan dan analisis menjadikan beliau aset masa depan yang harus diangkat.

Lim akan berdepan dengan Gobind Singh Deo (PH-DAP); dan Tan Gim Tuan (BN).

4. MUHAMMAD HARRIS IDAHAM BIN ABDUL RASHID, 30 TAHUN (P.053 BALIK PULAU)

Pengalaman anak muda ini sebagai bekas Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi semestinya menjadi aset berharga beliau untuk menabur bakti kepada masyarakat. Diharap graduan Sarjana Muda Undang-Undang dari Aberystwyth ini akan meneruskan semangat beliau sebagai aktivis masyarakat dalam menabur bakti kepada penduduk Balik Pulau selepas dipilih sebagai Ahli Parlimen.

Beliau akan berdepan Datuk Shah Headan Ayoob Shah (BN); Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH); Datuk Seri Johnny Ch’ng Ewe Gee (Bebas; Datuk Seri Sabaruddin Ahmad (Bebas); dan Fazli Mohammad (Pejuang).

5. DR SITI MASTURA BINTI MUHAMMAD, 33 TAHUN (P.041 KEPALA BATAS)

Seorang pemegang ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Pengurusan Pembangunan Islam di USM ini boleh menjadi inspirasi kepada wanita muda. Terlibat aktif dalam hal ehwal agama di Pulau Pinang selain aktif dalam aktiviti kemasyarakatan terutama yang berkaitan dengan wanita muda.

Insya-Allah beliau mampu memperkasa pengurusan Islam di negara ini selaras dengan bidang kepakarannya jika dipilih sebagai Ahli Parlimen. Selain daripada 5 orang ini masih ramai calon anak muda berwibawa yang PN tampilkan.

Beliau akan berdepan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Penyandang – BN); dan Danial Abdul Majed (PH+MUDA).

“Apabila melihat wajah anak muda ini hati saya tersentuh. Saya melihat mereka ini bukan dari kaca mata seorang pemimpin sahaja tetapi juga seorang abah yang tersentuh dengan kesungguhan anak-anak yang ingin berbakti kepada masyarakat dan negara.

“Inilah wajah-wajah yang akan meneruskan perjuangan murni demi rakyat di hari muka. Semoga Allah SWT memudahkan urusan kalian,” katanya.

Tetapi mereka memerlukan peneguhan sokongan daripada pengundi untuk memilih Perikatan Nasional supaya suara anak muda dibawa terus ke Dewan Rakyat.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Saya seleweng RM600 bilion?
21 jam lalu· Rencana
Hormati pengantin baharu, calon BN bakal beri laluan kepada PH di Padang Serai
December 2, 2022· Politik
Tak perlu gaduh, elok BN dan PH tarik diri di Padang Serai: Azman
December 1, 2022· Politik
Lagu tema PH ‘penyamun’ tidak dimainkan semasa ceramah PH-UMNO di Padang Serai dan Tioman?
December 1, 2022· Politik
Popular
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
December 6, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Main naratif judi, Anwar dan Zahid berharap dapat tipu rakyat lagi?
51 minit lalu · Politik
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
6 jam lalu · Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
7 jam lalu · Politik
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
11 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
5 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok