Lembaga unggas itulah idea paling hebat UMNO, sindir Rafizi

June 27, 2022 · Politik

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menyifatkan tindakan pemimpin UMNO memperlekehkan ideanya memperlihatkan parti itu semakin takut kerana mereka ketiadaan formula untuk menangani krisis makanan, inflasi dan kenaikan harga barangan.

Menurutnya kepemimpinan UMNO kelam-kabut mahu menutup malu apabila idea paling hebat yang datang daripada mereka hanyalah untuk menubuhkan Lembaga Unggas (Ayam) Negara bagi menangani krisis bekalan makanan yang menyebabkan harga barang naik melambung.

“Setiap kali saya bersuara, satu-satunya jawapan yang datang dari pimpinan UMNO ialah kononnya saya hanya tahu membentangkan formula-formula. Mereka memberi contoh bagaimana kononnya formula-formula ini tidak dapat dilaksanakan semasa Pakatan Harapan (PH) memerintah selama 22 bulan.

“Inilah satu-satunya sudut jawapan yang dibawa oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi semalam dalam menjawab kritikan saya terhadap cadangan Lembaga Unggas (Ayam) Negara yang dibawa UMNO,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Zahid mempertahankan cadangan UMNO berhubung penubuhan sebuah lembaga bagi menangani kenaikan harga ayam dengan membidas semula kritikan Rafizi yang didakwanya tidak membantu menyelesaikan permasalahan rakyat.

“Kita semua masih ingat siapa Rafizi dan bermacam dakyah penipuan yang ditaburkan kepada rakyat sejak PRU13 lagi melalui kempen ‘Bina Semula Negara’ beliau.

“Rakyat perlukan solusi kepada permasalahan mereka. Rakyat tidak kisah tentang formula. Terutama sekali formula daripada Rafizi bersama PH sendiri tumbang selepas 22 bulan,” kata Zahid.

Mengulas lanjut, bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata komen Zahid itu menunjukkan cara bagaimana pimpinan UMNO akan cuba memperlekehkan sebarang idea penyelesaian daripada pihak lawan kerana mereka tahu mereka sebenarnya tidak ada idea.

“Lebih banyak mereka cuba memperlekehkan idea saya, lebih jelas ketakutan mereka.

Apabila mereka cukup takut dengan “formula-formula” saya sehinggakan beberapa pimpinan mereka bersuara serentak setiap kali saya mengutarakan idea penyelesaian, itu maknanya mereka mengakui (dalam diam) bahawa mereka tandus idea untuk mentadbir negara.

“Mereka bimbang sekiranya politik Malaysia berkisar mengenai idea – bukannya sentimen kaum, agama atau siapa yang berkuasa – mereka akan ditolak rakyat seperti yang berlaku dalam Pilihan Raua Umum Ke-14 (PRU-14),’ katanya.

Menjelas lanjut, rafizi berkata pada hakikatnya, UMNO kalah dalam PRU-14 atas dua sebab utama iaitu skandal rasuah terbesar dunia 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang melibatkan Presiden UMNO ketika itu, Datuk Seri Najib Razak, dan

Kedua katanya ialah segala dasar UMNO yang menyusahkan rakyat seperti pemotongan subsidi, pengenalan cukai-cukai baru seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GS), rasuah dan sebagainya, yang tidak dapat dipertahankan apabila berdepan dengan pelbagai lontaran idea lain.

“Pimpinan UMNO juga lupa bahawa sedang mereka cuba memperlekehkan idea saya, rakyat sebenarnya tahu bahawa formula penetapan harga petrol dan diesel yang digunakan oleh tiga kerajaan berturut-turut diperjuangkan oleh saya sejak 2013 semasa Najib gigih mahu menghapuskan subsidi.

“Saya yakin rakyat menghargai pimpinan politik yang mengutarakan formula. Formula bermula dari idea dan formula yang dilaksanakan dengan baik akan menghasilkan penyelesaian. Tanpa idea dan formula, tidak akan ada penyelesaian.

“Sebab itu, kenyataan Zahid Hamidi tidak sedikit pun dapat menjawab asas bantahan saya kepada penubuhan lebih banyak lembaga yang menambah birokrasi serta membazirkan wang rakyat.

“Saya nasihatkan Zahid Hamidi dan UMNO mencari jawapan lain untuk berdepan dengan saya kerana jawapan “UMNO ada penyelesaian bukan formula” ini telah ditolak rakyat dalam PRU-14 yang lepas,” katanya.

Berita berkaitan
Bersatu serah memorandum kepada Agong minta RCI kapal tak siap
5 jam lalu· Politik
Reka bentuk pun belum siap, bagaimana Hisham boleh kata LCS akan siap setahun dua?
15 jam lalu· Isu semasa
BN umum keputusan permohonan parti Zuraida minggu hadapan: Tok Mat
August 9, 2022· Politik
Rafizi senaraikan punca kos kapal tak siap naik tiga kali ganda
August 9, 2022· Politik
Popular
Bersatu serah memorandum kepada Agong minta RCI kapal tak siap
August 10, 2022
Lebih baik GTA sertai PN
August 9, 2022
UMNO Sabah mula minta senarai calon PRU-15
August 10, 2022
Spekulasi Senator Bersatu boikot RUU larang tukar parti tak benar: Wan Junaidi
August 8, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO Sabah mula minta senarai calon PRU-15
15 jam lalu · Politik
Lebih baik GTA sertai PN
August 9, 2022 · Politik
Prihatin Rakyat kekal jadi falsafah perjuangan PN, kata Muhyiddin
August 9, 2022 · Politik
RUU antilompat parti tak terpakai kepada Ahli Dewan Negara: PM
August 9, 2022 · Politik
Semua petugas SPR negeri sudah bersedia hadapi PRU-15, kata Pengerusi
August 9, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
7 jam lalu
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok