Lembaga Disiplin teliti tindakan terhadap MP Kuala Kangsar sokong Anwar: Muhyiddin

October 21, 2023 · Politik

Parti Bersatu akan menyerahkan kepada Lembaga Disiplin dalam meneliti tindakan yang akan diambil terhadap Ahli Parlimen Kuala Kangsar daripada Bersatu, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid.

Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) akan bermesyuarat pada Khamis ini bagi membincangkan isu melibatkan Iskandar Dzulkarnain yang menyokong kerajaan campuran Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini kerana melanggar peraturan dan disiplin parti.

Beliau berkata, ketika ini partinya sibuk mengadakan pemilihan namun sudah mengarahkan Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainudin untuk menetapkan mesyuarat terbabit.

“Tapi ini ada kaitan dengan soal disiplin parti dan kalau begitu, kita akan minta lembaga disiplin mengambil tindakan mengikut peraturan.

“Dia (lembaga disiplin) kena hantar surat tunjuk sebab, kita akan bincang…kalau dia hantar surat tunjuk sebab kepada Ahli Parlimen itu, minta dia jelaskan kenapakah tindakan tidak boleh diambil terhadapnya.

“Lembaga disiplin kena jawablah…kemudian akan teliti dan selepas itu, MPT akan buat keputusan,” katanya dipetik laporan Harian Metro.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) terdahulu merasmikan Persidangan Bersatu Bahagian Pagoh di Felda Batu 27 Lenga.

Minggu lalu, Iskandar Dzulkarnain mengumumkan menyokong kepemimpinan Awar selepas meneliti rintihan berterusan pengundi dan menitikberatkan keperluan mendesak untuk menangani masalah krisis kenaikan kos sara hidup yang melanda kawasannya.

Sementara itu, Muhyiddin juga mengesahkan sudah memanggil 30 daripada keseluruhan 31 Ahli Parlimen parti itu susulan kenyataan wakil rakyat Kuala Kangsar yang menyatakan sokongan terhadap Anwar.

Katanya, dalam pertemuan itu semua 30 Ahli Parlimen kecuali Kuala Kangsar menyatakan ikrar untuk kekal istiqamah bersama dan juga menyokong PN.

Berita berkaitan
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
17 jam lalu· Politik
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
18 jam lalu· Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023· Politik
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023· Politik
Popular
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
December 4, 2023
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023
Lagi Politik terkini
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
17 jam lalu · Politik
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023 · Politik
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023 · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023 · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok