
Ahli Jawatankuasa (AJK) Biro Penerangan Bersatu, Kamarudin Mohd Kasim.
UMNO dicadangkan menekan butang dengan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana tindakan mereka yang tidak berpuas hati pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) tidak disegerakan.
Ahli Jawatankuasa (AJK) Biro Penerangan Bersatu, Kamarudin Mohd Kasim mencabar Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadap Naib Presiden mereka tersebut kerana tidak cukup hanya dengan mengecam dan mengkritik semasa perhimpunan baru-baru ini.
“Jika betul2 berani silakan wahai Ahli Parlimen UMNO-Barisan Nasional, tarik sahaja sokongan. Tak memadai “habis suara” kutuk dan kecam Ismail Sabri tetapi akhir semua takut untuk tarik sokongan terhadap Ismail Sabri.
“Di sini baru mereka tahu Ismail Sabri lebih power daripada Presiden yang sedang terpalit dengan 47 tuduhan pecah amanah,” katanya dalam satu kenyataan di portal BeritaBersatu.
Kamaruddin membangkitkan berhubung kecaman dan kejadian “boo” yang berlaku pada Sabtu lalu semasa Taklimat Khas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi apabila setiap kali nama Ismail Sabri disebut dalam Dewan Merdeka.
“Semasa sesi taklimat presiden berdentam dentum langan bubar dan diselit dengan laungan ‘boo’ sebaik nama Ismail Sabri di petik.
“Tak kurang juga ucapan ‘tarik suara’ oleh Datuk Seri Azalina Othman Said yang mengutuk dan menghentam Naib Presidennya sendiri,” katanya lagi.
Untuk rekod, media sebelum ini melaporkan beberapa kali nama Ismail Sabri diboo oleh penyokong UMNO yang hadir semasa Taklimat Khas dipanggil Zahid pada Sabtu.
Ismail Sabri ketika ini sedang berdepan tekanan daripada partinya sendiri yang mahu PRU-15 diadakan segera pada tahun ini, malah Zahid juga sudah berkali-kali mengeluarkan kenyataan memberi desakan yang sama.
Dalam pada itu, keputusan Mahkamah Persekutuan pada minggu lalu yang mengekalkan hukuman penjara terhadap Datuk Seri Najib Razak juga menyebabkan desakan agar PRU-15 disegerakan semakin kuat terhadap Ismail Sabri.