Lebih baik kawal politik wang daripada RUU lompat parti: Ku Li

June 11, 2022 · Politik

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan langkah mengawal aktiviti politik wang adalah lebih baik daripada melaksanakan Rang Undang-Undang (RUU) Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti.

Menurutnya jika tiada politik wang atau tawaran tertentu, termasuk jawatan atau pangkat, maka perbuatan ahli politik melompat parti dapat dihindarkan.

Bekas Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO itu berkata apa yang penting ialah mengawal politik wang bukannya menyekat kebebasan dan hak wakil rakyat.

“Kuncinya adalah politik wang, bukan soal menyekat hak wakil rakyat yang tidak akan lompat kalau tidak ada insentif jawatan, pemberian duit, pangkat dalam parti kerana ada sesetengah orang mereka tidak peduli dengan perkara itu.

“Jadi, pada pandangan saya SPR seharusnya mengawal (aktiviti politik wang) daripada terus berlaku,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-12 Pertubuhan Warisan Melayu Negeri Johor di Dewan Jubli Intan, hari ini.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata RUU itu akan dibentang dan dibahaskan pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Keempat Belas 2022 bermula 18 Julai.

Menerusi RUU pindaan itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat diberikan tempoh selama 20 hari untuk menjalankan siasatan dan mengesahkan berlaku kekosongan disebabkan seseorang ahli Parlimen telah melompat parti.

Selepas disahkan, SPR perlu mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen setelah bekas wakil rakyat disahkan melompat parti.

Wan Junaidi memberi contoh, jika ada ahli Parlimen itu bertukar parti atau bagi wakil rakyat Bebas menyertai parti lain, maka SPR perlu mengadakan pilihan raya selepas disahkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Sebelum ini, Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata RUU anti lompat parti berkenaan tidak akan berjaya.

“Akta yang dibuat di Parlimen untuk mencegah lompat parti tak akan berhasil kerana dalam Perlembagaan, hak seseorang memilih pandangan dan parti yang dikehendakinya tidak boleh diusik.

“Jika tiba-tiba parti kita terbubar, ke mana kita nak pergi apabila ada akta tidak boleh lompat parti, tidak ada logik dari segi perundangan.

“Dia (kerajaan) tak boleh buat halangan dan sekatan macam itu, kalau tiba-tiba berlaku ’emergency’, tetap akan berlaku lompat parti untuk tubuh kerajaan baharu atau (nak keadaan) huru-hara,” katanya.

Mengulas lanjut, Tengku Razaleigh berkata ada sesetengah pemimpin akan bertindak melompat parti apabila mempunyai insentif berkenaan dan mendapat tawaran yang lebih daripada parti lain.

“Tindakan (melompat parti) tidak bererti dia (pemimpin) sudah lupa dengan apa yang sudah dijanjikan kepada pengundi,” katanya.

Berita berkaitan
PRN: Bersih gesa SPR buka permohonan undi pos segera
June 2, 2023· Politik
4 kerusi DUN Pulau Pinang dikosongkan tiada PRK, kata SPR
March 7, 2023· Politik
UMNO sekarang hanya menumpang orang untuk dapat jawatan: Ku Li
January 29, 2023· Politik
Akta Larangan Bertukar Parti terpakai terhadap 4 Ahli Parlimen Sabah, ini penjelasan
December 11, 2022· Politik
Popular
PAU bukan lagi bincang hal orang Melayu, tapi pujuk ahli sokong DAP
June 8, 2023
Pemuda UMNO menangis selepas beri Najib Anugerah Tokoh Pemuda
June 8, 2023
UMNO bukan lagi dominan boleh bertanding semua kerusi: Noraini
June 8, 2023
Zahid ucap selamat maju jaya untuk ‘warlord’ UMNO mahu sertai PN
June 8, 2023
Lagi Politik terkini
Dikritik tolak usul skandal LCS, Speaker jawab kepada Syed Saddiq sebab ditolak
9 minit lalu · Politik
Zahid kata tak perlu, Pemuda UMNO tetap pertahan pendirian mahu DAP minta maaf
17 minit lalu · Politik
Anak harap usaha bebaskan Najib tidak dilupakan
50 minit lalu · Politik
Siasatan ke atas Sanusi episod hitam dalam negara, kata PAS
4 jam lalu · Politik
Pemuda UMNO tuntut DAP mohon maaf, Zahid kata tak perlu
4 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
3 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok