Lebih baik kamu diam, Puad bidas Kit Siang suka Najib dipenjara

April 17, 2023 · Politik

Perang mulut antara UMNO dengan DAP tidak terhenti, terbaharu Datuk Mohd Puad Zarkashi pula membidas Lim Kit Siang kerana mempersoalkan usaha untuk membebaskan Datuk Seri Najib Razak daripada penjara.

Puad yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO berkata lebih baik Kit Siang diam daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang akan akan mengeruhkan keadaan.

Puad juga mendakwa Kit Siang sebenarnya bimbang jika Najib dibebaskan UMNO akan menjadi lebih kuat dan pastinya DAP tidak senang jika ia berlaku.

“Semalam Lim Kit Siang ubah cerita. Dia yakin Najib tidak mampu kembalikan kegemilangan Umno. Sehari sebelum itu dia dakwa kerajaan perpaduan akan runtuh jika Najib diampunkan.

“Sebenarnya dia suka Najib dipenjarakan. Dia eksploit isu kleptokrasi tetapi membisu kes rasuah banglo anaknya.

“Dia gembira anaknya lepas kerana Tommy Thomas buang kes,” kata Puad merujuk kes rasuah membabitkan Lim Guan Eng yang digugurkan pada 2018.

Kit Siang terdahulu mengulas isu pengampunan diraja untuk Najib dan tidak bersetuju sekiranya kerajaan campuran membebaskan bekas Presiden UMNO itu.

Mengulas lanjut, Puad berkata, Kit Siang adalah seorang yang hipokrit apabila membisu mengenai kes mahkamah membabitkan anaknya.

“Kerajaan perpaduan lebih mantap jika Lim Kit Siang tutup mulut dan bersara sepenuhnya.

“Dia pembawa aliran lama DAP yang tidak disukai orang Melayu. Biar Anthony Loke buat kerja,” katanya.

Berita berkaitan
Siapa pengkhianat rakyat sebenar di Pulau Pinang? MP Permatang Pauh balas Guan Eng
11 minit lalu· Politik
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
12 jam lalu· Politik
MP DAP gesa tarik gelaran ‘Tun’ diberi kepada Dr Mahathir
16 jam lalu· Politik
Hadir PAU 2023 bermaksud reda dengan pengkhianat : Tun Faisal
19 jam lalu· Politik
Popular
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
June 6, 2023
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
June 6, 2023
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
June 6, 2023
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
June 6, 2023
Lagi Politik terkini
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
11 jam lalu · Politik
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
11 jam lalu · Politik
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
14 jam lalu · Politik
Pihak sokong Proklamasi Melayu kerjasama masa pilihan raya
14 jam lalu · Politik
Sanusi disiasat polis ikut Kanun Keseksaan dan Hasutan, kata Anwar
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok