Laungan ‘HIDUP RAKYAT’ bergema di pekarangan SPRM Putrajaya

March 9, 2023 · Politik

Ratusan penyokong Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) yang berkumpul di hadapan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini (Khamis, 9 Mac 2023) mula melaungkan ‘Hidup Rakyat’ sebagai tanda sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi PN yang juga Presiden Bersatu itu dikatakan akan ditahan oleh SPRM pagi ini dalam apa yang dikatakan penahanan dan pendakwaan terpilih bermotifkan politik dan balas dendam oleh kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN).

‘Hidup Rakyat’ terus bergema sebagai slogan rakyat menentang kezaliman yang dilakukan kerajaan PH-BN yang dianggotai PKR, DAP, AMANAH, UPKO, UMNO, MCA, MIC, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan beberapa parti kecil lain, termasuk Bebas.

Selain pimpinan Bersatu termasuk Datuk Seri Azmin Ali dan Ahli Parlimen Arau, Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris dan ratusan penyokong, pemimpin PAS turut hadir memberi sokongan kepada Muhyiddin.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Datuk Idris Ahmad dan Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman antara yang dilihat hadir.

Sementara itu, pemimpin PN lain yang dilihat adalah Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau; Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin; Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Harun; Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan bekas Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Razali menjangkakan Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh dan bekas Perdana Menteri itu akan didakwa di mahkamah esok.

“Muhyiddin sudah diminta hadir ke ibu pejabat SPRM dan kita jangka beliau akan ditahan hari ini dan didakwa di mahkamah, esok.

“Tindakan ini dilakukan sehari sebelum Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu dan ia dianggap tidak berperikemanusiaan,” katanya.

Terdahulu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata tindakan yang dikenakan terhadap Muhyiddin adalah satu perbuatan kotor yang dilakukan kerajaan PH-BN.

Bercakap kepada media di luar Ibu Pejabat SPRM beliau yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota juga berpendapat tindakan itu bermotifkan politik dan balas dendam.

Berita berkaitan
MB perlu bercuti sementara ketika siasatan sedang berjalan: Pemuda PAS Selangor
March 16, 2023· Politik
Bersatu buat laporan polis terhadap PMX, dakwa salahguna kuasa arah siasatan
March 15, 2023· Politik
Skandal LCS, PMX kata siasatan tak cukup pula walaupun sudah ada laporan PAC
March 14, 2023· Isu semasa
Muhyiddin minta dibicarakan, pertuduhan tidak melibatkan wang masuk ke akaun peribadi
March 13, 2023· Isu semasa
Popular
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
March 20, 2023
Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang
March 19, 2023
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
March 20, 2023
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
March 20, 2023
Lagi Politik terkini
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
14 jam lalu · Politik
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
16 jam lalu · Politik
Zahid dakwa akar umbi mahu UMNO kekal bersama DAP dalam kerajaan
19 jam lalu · Politik
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
21 jam lalu · Politik
Warisan tak tolak bekerjasama dengan UMNO hadapi PRN Sabah: Shafie
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
17 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok