Larry, Zuraida bertemu esok bincang selesai konflik ‘dua presiden’ PBM

November 1, 2022 · Politik

Konflik dalaman Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan diselesaikan secara baik esok (Rabu, 2 November), menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Sabtu ini (5 November 2022).

Datuk Larry Sng yang menegaskan beliau masih presiden parti itu berkata beliau juga akan bertemu dengan ahli tertinggi parti di Kuala Lumpur untuk menyelesaikan masalah.

“Saya juga akan bertemu mereka yang telah digantung daripada parti, termasuk Datuk Zuraida Kamaruddin,” katanya menurut Malay Mail.

Menurutnya mesyuarat itu akan membincangkan penggantungan mereka dan “apa sahaja tindakan yang telah dibuat oleh saya dan sebagai presiden parti supaya tidak ada konflik.”

Beliau berkata pada dasarnya tidak ada pertikaian di pihak mereka dan menegaskan beliau masih presiden parti, bukan Zuraida, seperti yang disahkan oleh Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan.

“Pada asasnya, terdapat penerimaan dan kini kami dalam proses perdamaian dan bagaimana bekerjasama untuk bergerak ke hadapan,” kata Larry, yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Julau.

Tambahnya, kenyataan bersama akan dikeluarkan selepas pertemuan dengan pemimpin PBM, selain akan mengumumkan nama calon selepas mesyuarat esok.

Pada 29 Oktober, Larry menggantung keahlian Zuraida dan 12 yang lain sebagai ahli majlis tertinggi berhubung penglibatan berterusan mereka dalam menjejaskan kepentingan parti dan kepimpinannya.

Dua belas pemimpin itu termasuk timbalan presiden parti Haniza Mohamad Taha dan Ketua Sayap Wanita PBM Dr Daroyah Alwi.

Pada 28 Oktober, Larry menggantung keahlian setiausaha agung parti Nor Hizwan Ahmad dan ketua penerangan Zakaria Abdul Hamid.

Mereka didakwa terlibat dalam penganjuran mesyuarat majlis tertinggi pada 7 Oktober 2022 tanpa pengetahuan atau persetujuan Larry.

Konflik ‘dua presiden’ PBM itu boleh menjejaskan parti berkenaan dalam PRU-15 pada 19 November depan kerana watikah pelantikan calon yang dikeluarkan presiden parti mesti dikemukakan bersama borang pencalonan pada 5 November ini.

Bagaimanapun, masalah akan timbul jika kedua-duanya menandatangani watikan pelantikan itu, sekali gus boleh menyebabkan kertas pencalonan mereka ditolak.

Berita berkaitan
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023· Politik
Bekas guru calon PN di PRK DUN Pelangai
September 21, 2023· Politik
Zahid bidas Isham buat kepala tau, jangan paksa orang terima pendirian peribadi
September 13, 2023· Politik
Tiada Ahli Parlimen UMNO tarik sokongan kerana Zahid sudah jadi TPM
August 22, 2023· Politik
Popular
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
September 30, 2023
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Lagi Politik terkini
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
3 jam lalu · Politik
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
3 jam lalu · Politik
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023 · Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023 · Politik
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
6 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok