Larry, Zuraida berebut jawatan Presiden PBM menjelang PRU-15

October 26, 2022 · Politik

Parti Bangsa Malaysia (PBM) bakal berdepan masalah untuk meletakkan calon mereka bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November ini, setelah timbul isu siapa yang bakal mengeluarkan watikah pencalonan.

Ini kerana Datuk Larry Sng hari ini (Rabu, 26 Oktober 2022) menegaskan beliau adalah satu-satunya presiden parti yang sah, sedangkan sebelum ini PBM mengeluarkan kenyataan bahawa bekas ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin telah menggantikannya.

Pelantikan Zuraida disahkan Setiausaha Agung PBM, Nor Hiizwan Ahmad dalam satu kenyataan pada 8 Oktober lalu.

“Mesyuarat majlis tertinggi yang bermesyuarat semalam mengesahkan tujuh usul yang diluluskan sebulat suara. Antara usul yang diterima sebulat suara ialah melantik Zuraida sebagai presiden,” kata Nor Hiizwan.

Bagaimanapun, Larry menolak kenyataan bahawa Zuraida telah dilantik menggantikannya.

“Dalam PRU-15 saya akan bertanding di bawah tiket PBM. Sebagai Presiden parti, saya tidak pernah meletakkan jawatan dan tidak melepaskan keahlian parti,” kata penyandangnya kerusi Parlimen Julau itu di laman Facebooknya.

Menurutnya parti itu yang telah berakar umbi dan berasal dari Sabah serta Sarawak akan memastikan suara dan perwakilannya tidak dipinggirkan.

“Mengenai status calon PBM lain untuk PRU-15, ia adalah perkara yang akan saya umumkan dalam beberapa hari akan datang.

“Segala pengumuman yang dibuat oleh pemimpin parti sebelum ini hanyalah spekulasi semata-mata.

“Pengumuman rasmi akan dibuat oleh saya sendiri dan hanya saya yang akan menandatangani watikah untuk PBM (bertanding) pada PRU-15,” katanya.

Pada masa sama Larry berkata beliau menghormati keputusan Barisan Nasional untuk tidak memasukkan PBM ke dalam gabungan itu.

“PBM akan bertanding pada PRU-15 menggunakan logo parti. Kami akan menyemak semula permohonan kami untuk menyertai BN selepas pilihan raya.

“Parti itu mungkin tidak terhad untuk bertanding hanya di kerusi penyandang dan tidak semua penyandang akan dicalonkan sebagai calon pada pilihan raya ini,” tegas beliau.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
6 jam lalu· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
DAP telan setiap keputusan Anwar, malah sokong kleptokrat kembali
December 4, 2022· Politik
Selepas dilantik TPM, Zahid puji Anwar pula lantik diri sendiri jadi Menteri Kewangan
December 4, 2022· Politik
Popular
Shahidan cadang lagu ‘penyamun’ didendang PH kepada UMNO ditukar
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
December 5, 2022
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
48 minit lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
3 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
4 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
5 jam lalu · Politik
Saya seleweng RM600 bilion?
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
1 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok