Larry tandatangan watikah calon PBM, konflik selesai sementara

November 2, 2022 · Politik

Kumpulan Datuk Zuraida Kamaruddin bersetuju buat masa ini Datuk Larry Sng adalah ‘presiden’ Parti Bangsa Malaysia (PBM) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November ini.

Sehubungan itu, Larry juga akan menandatangani watikah pencalonan semua calon PBM, termasuk Zuraida, yang akan bertanding dalam pilihan raya itu.

Zuraida dilaporkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Ampang yang dimenanginya pada PRU-14 lalu.

Parti yang bergerak solo tanpa sokongan Barisan Nasional (BN) cuba menyelesaikan konflik ‘dua presiden’ menerusi pertemuan Larry dan Zuraida yang didakwa juga sebagai ‘presiden’ dan beberapa ahli majlis tertingginya yang digantung baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Penerangan PBM memaklumkan konflik dalam parti itu telah diketepikan buat masa ini sehingga selepas PRU-15.

Katanya perebutan kepimpinan antara Larry dan Zuraida telah diselesaikan secara baik selepas mereka bertemu di pejabat Pendaftar Pertubuhan (RoS) di Putrajaya pagi ini.

“Pimpinan PBM bersetuju senarai nama calon PRU-15 mewakili parti yang akan diumumkan tidak lama lagi, dan watikah pelantikan akan ditandatangani oleh Datuk Larry Sng.

“Hal-hal lain berkaitan pentadbiran parti akan dibincangkan dan diselesaikan selepas PRU-15,” kata PBM.

Ia menambah bahawa parti itu akan menumpukan usahanya pada pilihan raya 19 November.

Sebelum ini, kemelut dalaman dan krisis ‘dua presiden’ PBM semakin parah apabila Larry menggantung 13 pemimpin kanan parti, termasuk Zuraida, berkuat kuasa serta-merta, pada 28 Oktober 2022.

Dua belas anggota majlis tertinggi itu ialah Haniza Mohamad Taha; Dr Daroyah Alwi; Rahimah Majid; Dr Sathiskumar a/l Govindaraju; Muhammad Saiful Bahari Sahari; Na’im Brundage; Abdul Aziz Abdul Kadir; Zakaria Abdul Rahim; Muniraa Abu Bakar; Datuk Chua Lian Chye’ Datuk Roger Tan Seng Huat; dan Albakri Salim.

“Surat penggantungan telah dihantar kepada mereka secara individu,” kata Sng dalam satu kenyataan, sekali gus mencetuskan masalah kepada calon PBM untuk bertanding pada PRU-15.

Ini kerana watikah pencalonan yang dikeluarkan oleh presiden atau pengerusi bagi sesebuah parti atau gabungan politik perlu dikemukakan kepada pegawai pengurus pilihan raya ketika hari penamaan calon, sebagai bukti sah.

Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pencalonan seseorang itu yang mewakili parti atau gabungan tertentu tidak sah, kecuali mereka bertanding atas tiket Bebas.

Dalam kes PBM, pegawai pengurus pilihan raya pasti akan menyemak dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) terlebih dahulu untuk mengesahkan siapa presiden sebenar, bagi mengesahkan watikah pencalonan. Ia juga perlu dilakukan jika ada bantahan daripada calon lain.

Namun, dengan tempoh masa yang singkat pada hari pencalonan selain diadakan pada Sabtu, ianya akan menyulitkan semakan itu dilakukan, sekali gus menyebabkan calon PBM akan ditolak.

ROS sebelum ini memberitahu Larry adalah presiden yang sah.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Main naratif judi, Anwar dan Zahid berharap dapat tipu rakyat lagi?
1 jam lalu· Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
8 jam lalu· Politik
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
21 jam lalu· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
Popular
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
December 6, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
6 jam lalu · Politik
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
12 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
14 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
15 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
4 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok