Laporan polis terhadap Apandi didakwa lindungi Najib dalam kes SRC

July 27, 2022 · Politik

Satu laporan polis dibuat terhadap bekas Peguam Negara (AG) Tan Sri Mohamed Apandi Ali kerana didakwa melindungi Datuk Seri Najib Razak dalam kes penyelewengan dana berkaitan SRC International Sdn. Bhd. dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Laporan dibuat Ahli Parlimen Klang Charles Santiago mendakwa Apandi sengaja dan mempunyai niat untuk melepaskan bekas Perdana Menteri yang sedang dibicarakan dalam kes rasuahnya daripada berdepan pertuduhan sebelum ini.

Charles memetik penghakiman 23 Mei yang disampaikan oleh hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azimah Omar dalam menolak saman fitnah yang difailkan oleh Apandi terhadap pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

“Dalam penghakimannya, Azimah menyatakan bahawa delegasi Apandi “tidak berjumpa mahupun bercakap dengan pihak yang didakwa sebagai penderma” walaupun berkata sebaliknya pada sidang media pada 26 Jan 2016.

“Pada sesi akhbar itu, Apandi mengumumkan delegasi telah ke Riyadh dan berjumpa dengan pihak yang dikatakan penderma,” kata Charles dipetik laporan media.

Charles menggunakan penghakiman tersebut sebagai alasan laporan polis dibuat terhadap Najib itu hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan

Dalam penghakiman setebal 100 muka surat yang dikeluarkan pada 21 Julai, Azimah menyatakan bahawa adalah sangat jelas bahawa Apandi menunjukkan sikap tidak berminat dan ada kala memberi kenyataan bertentangan dalam keterangannya.

Selain sikap tidak berminat, kata hakim itu, bekas peguam negara tersebut tidak kisah ambil terhadap kedaulatan undang-undang yang asas dan akal yang wajar (common sense).

Berdasarkan pertimbangan dan pemerhatian Azimah, Charles berkata beliau berpendirian bahawa Apandi telah mereka-reka maklumat dan berbohong semasa memegang jawatan, yang membawa kepada penyalahgunaan kuasanya sebagai penasihat undang-undang utama negara.

“Saya dengan ini membuat laporan polis ini supaya siasatan boleh dimulakan terhadap Apandi” katanya lagi.

Apandi sebelum ini kalah kes samannya terhadap Kit Siang dan diarahkan membayar kos ganti rugi sebanyak RM80,000.

Berita berkaitan
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Popular
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Bersatu tangguh pemilihan bahagian, MPT kecuali cawangan
May 13, 2023
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok