Laporan: Pengarah Media dan Komunikasi PMO ditamatkan perkhidmatan?

May 4, 2023 · Politik

Tidak sampai beberapa bulan dilantik, Datuk Wan Nurzila Abd Rahman didakwa sudah ditamatkan perkhidmatannya sebagai Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Strategik Perdana Menteri (PMO).

Sebuah portal, SuaraTV melaporkan penamatan perkhidmatan Pengarah tersebut yang didakwa diberhentikan dengan notis 24 jam semalam.

Memetik sumber, portal itu mendakwa timbul krisis antara beberapa fraksi komunikasi dalam kalangan jentera Perdana Menteri dan kegagalan kempen Malaysia Madani.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berhadapan pelbagai kritikan rakyat berikutan kekeliruan dasar dan pendekatan yang tidak meyakin dala melaksanakan polisi untuk negara.

Selain itu, krisis antara PMO dan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dikatakan antara punca utama penamatan tugas Wan Nurzila. PMO dan J-KOM dilihat mempunyai hala tuju berbeza menyebabkan imej kerajaan kian lemah.

Sejak beberapa hari lalu, Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, terpaksa tampil mempertahankan dirinya bukan ‘cybertrooper’ (tentera maya).

Manakala dalam lingkungan politik Perdana Menteri, Mohammad Agus dikatakan mempunyai masalah dengan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Shamsul Iskandar dan Nurul Izzah Anwar.

Dalam laporan tersebut juga, pihak SuaraTV masih cuba mendapatkan pengesahan daripada PMO berhubung dakwaan tersebut.

Pihak Agenda Daily juga sedang mendapatkan maklum balas daripada pegawai PMO berhubung dakwaan laporan dibuat oleh SuaraTV.

Berita berkaitan
UMNO-BN ditawar tanding 16 kerusi di N. Sembilan, tapi minta tambah dua lagi
43 minit lalu· Politik
PAS Kedah pertahan Sanusi, bidas kerajaan campuran cuba bunuh karakter
1 jam lalu· Politik
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
12 jam lalu· Politik
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
12 jam lalu· Politik
Popular
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
June 6, 2023
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
June 6, 2023
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
June 6, 2023
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
June 6, 2023
Lagi Politik terkini
Puad dakwa bekas pemimpin mahu lihat UMNO ranap dan Zahid lemah
54 minit lalu · Politik
Jamal kecewa lihat Noh berada atas pentas politik bersama PN
2 jam lalu · Politik
Siapa pengkhianat rakyat sebenar di Pulau Pinang? MP Permatang Pauh balas Guan Eng
2 jam lalu · Politik
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
14 jam lalu · Politik
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok