Lapan pusat mengundi di Hulu Langat mungkin mengalami banjir

October 21, 2022 · Politik

Lapan pusat pembuangan undi di Hulu Langat, Selangor, dikenal pasti sebagai kawasan yang bakal mengalami banjir sekiranya berlaku bencana, akan ditutup dan diubah menjadi pusat perlindungan sementara (PPS).

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPK) Najmuddin Jemain Majlis berkata pihaknya akan meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengatur pusat mengundi alternatif jika keperluan timbul berikutan banjir.

“Keutamaan kami adalah keselamatan rakyat,” katanya semasa mesyuarat penuh lembaga, menurut The Star.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang, 2,363 pegawai akan bertugas menyelia dan mentadbir keseluruhan proses serta meneliti pengiraan undi di sana.

Dewan Seri Cempaka akan digunakan sebagai pusat pencalonan dan penjumlahan undi.

MPK juga telah menyediakan bilik gerakan yang akan berfungsi sebagai bilik mengundi pos di Metro Avenue, pusat komersial di hadapan bangunan majlis itu.

Najmuddin, yang akan bertindak sebagai pegawai pengurus pilihan raya ketika PRU-15 itu, memberi jaminan kepada pengundi bahawa pelan kontingensi telah dilaksanakan susulan kedatangan Monsun Timur Laut.

“Kami telah mengedarkan senarai nombor kecemasan kepada penduduk. Simulasi prosedur menyelamat kecemasan dalam situasi bencana seperti banjir kilat atau cerun runtuh juga telah dilaksanakan,” katanya.

Untuk rekod, berdasarkan ramalan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, Monsun Timur Laut lazimnya akan bermula pada November dan berakhir pada Mac.

Ketika tempoh ini, negara akan menerima tiupan angin yang konsisten dari arah timur laut di antara 10 hingga 20 kilometer sejam dengan beberapa siri hujan lebat yang menyeluruh juga dijangka berlaku, terutama di negeri Pantai Timur Semenanjung dan barat Sarawak.

Sebelum ini, Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor turut mengenal pasti 307 kawasan di negeri itu berisiko dinaiki air pada musim tengkujuh ketika Monsun Timur Laut yang akan datang.

Daripada sembilan daerah, Klang mendahului senarai dengan 65 kawasan, diikuti Hulu Langat (48); Petaling (43); Sepang (40); Kuala Selangor (38); Kuala Langat (29); Gombak (24); Hulu Selangor (11); dan Sabak Bernam (sembilan).

Semalam, SPR menetapkan 19 November 2022 sebagai tarikh pemilih akan membuang undi pada PRU-15, manakala tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 5 November 2022.

Bagi pengundian awal pula, tarikh 15 November 2022 dipilih.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Selepas berkawan dengan UMNO, PH tidak lagi hormati kebebasan bersuara
5 jam lalu· Politik
Majoriti rakyat tolak kluster mahkamah dalam Kabinet bakal dibentuk Anwar
11 jam lalu· Politik
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
12 jam lalu· Politik
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
14 jam lalu· Politik
Popular
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
November 29, 2022
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
November 29, 2022
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
November 29, 2022
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
November 29, 2022
Lagi Politik terkini
MP Baling nafi sebar audio rakaman fitnah Anwar, beri penjelasan
5 jam lalu · Politik
PAS tunjuk bukti sikap DAP terhadap Islam, Melayu. UMNO buat-buat lupa
9 jam lalu · Politik
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
10 jam lalu · Politik
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
15 jam lalu · Politik
Amanah beri laluan kepada UMNO bertanding di Tioman selepas Zahid sokong PH-DAP
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok