Lapan kampung di Perak banjir, 493 mangsa pindah menjelang PRU-15

November 5, 2022 · Politik

Ketika proses penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) rancak dijalankan pagi ini (Sabtu, 5 November 2022), lapan kampung di daerah Larut Matang dan Selama, Perak berdepan detik cemas apabila rumah mereka mula dimasuki air banjir.

Susulan itu, sehingga jam 12 tengah hari ini seramai 493 mangsa banjir terpaksa dipindakan ke lima pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka bagi menempatkan mangsa berkenaan.

Jumlah itu meningkat berbanding hanya 113 mangsa daripada 31 keluarga yang dipindahkan semalam

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Larut Matang dan Selama (LMS) berkata, ia susulan hujan lebat berterusan yang melanda beberapa kawasan di sekitar Perak.

Sementara itu, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata lima PPS yang dibuka adalah Masjid Changkat Ibol yang menempatkan 264 mangsa, Masjid Batu 8 (138), Sekolah Kebangsaan (SK) Abdullah (42), Surau Kampung Perak (12) dan SK Matang Gelugor (37).

Selain itu, lapan kampung yang dilanda banjir adalah Kampung Bukit Cempedak, Changkat Ibol, Kampung Ceh, Batu 8 Bendang Siam, Kampung Senduk Hulu, Changkat Ning, Kampung Jaha dan Kampung Matang Gelugor.

Sementara itu, PPS Tengah yang dibuka pada jam 5 pagi tadi dan menempatkan enam mangsa ditutup pada jam 9 pagi.

Jurucakap JBPM Perak berkata, keadaan banjir di beberapa kawasan mencatatkan penurunan dan pihaknya masih membuat pemantauan berterusan di lokasi.

PRU-15 akan diadakan pada 19 November ini setelah Perdana Menteri barisan Nasional Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen pada 10 Oktober lalu, tanpa mempedulikan rayuan supaya pilihan raya tidak diadakan pasa musim bencana, termasuk musim tengkujuh.

Khamis lalu (3 November), Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran bahawa Monsun Timur Laut akan melanda negara lebih awal daripada jangkaan.

Jabatan itu menganggarkan monsun itu dijangka bermula dari Selasa (7 November 2022) dan berterusan sehingga kira-kira Mac tahun depan.

Kira-kira empat hingga enam episod hujan monsun, yang akan membawa hujan lebat berterusan, dijangka berlaku sepanjang tempoh ini.

“Seperti musim tengkujuh sebelum ini, hujan lebat berterusan walaupun beberapa hari telah diketahui menyebabkan bencana banjir di kawasan rendah dan kawasan berhampiran sungai.

“Sekiranya hujan lebat berterusan berlaku serentak dengan fenomena air pasang besar, maka risiko banjir pasti akan meningkat,” kata MetMalaysia memberi amaran.

Berita berkaitan
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di tiga negeri sedikit menurun setakat malam ini
November 27, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Kelantan meningkat, Terengganu turun dan Selangor kekal
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Ribuan rakyat Kedah sambut Sanusi di lapangan terbang
July 18, 2023
Lagi Politik terkini
Kuat kecam Zahid, UMNO akhirnya pecat Isham Jalil: Laporan
19 minit lalu · Politik
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023 · Politik
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023 · Politik
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023 · Politik
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
16 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok