Lantikan politik: PH-BN pilih semula Ahmad Jazlan pengerusi FELCRA

March 15, 2023 · Politik

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang kalah di Parlimen Machang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu, dilantik semula sebagai Pengerusi FELCRA.

Pelantikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO.

Pengumuman tersebut dibuat pada Majlis Pengenalan Calon-calon Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Naib Presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Peringkat Negeri Kelantan hari ini (15 Mac 2023).

Media sebelum ini melaporkan, pelantikan Ahmad Jazlan sebagai Pengerusi FELCRA ditangguhkan bagi membolehkan penyelarasan lantikan di semua badan berkanun, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta agensi lain, dilaksanakan.

Penyelarasan lantikan terbabit akan ditentukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahmad sebelum ini dilaporkan berkata, pelantikan semula Ahmad Jazlan sebagai Pengerusi Felcra itu selepas mengambil kira kehendak perwakilan Koperasi Peserta-Peserta Malaysia Berhad.

Pada PRU-15 lalu, Ahmad Jazlan gagal mempertahankan kerusi Parlimen Machang apabila kalah kepada calon Perikatan Nasional yang juga Ketua Armada Bersatu Malaysia, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dalam saingan empat penjuru.

Wan Ahmad Fayhsal memperoleh 35,603 undi, manakala Ahmad Jazlan (25,449 undi) calon Pakatan Harapan (3,934 undi); dan calon Putra (2 undi).

Semalam, Zahid berkata lantikan ahli yang mewakili parti politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) adalah di bawah pengetahuan dan tapisan sekretariat kerajaan

Menurutnya setiap parti yang membentuk kerajaan akan melakukan perundingan di bawah sekretariat itu terlebih dahulu sebelum sebarang pelantikan dimuktamadkan.

Berita berkaitan
Pemilihan UMNO: PMX ucap tahniah kepada Zahid walaupun tak bertanding
24 jam lalu· Politik
Perlu pertahankan kerajaan campuran dengan UMNO, kata DAP
March 19, 2023· Politik
Polis nafi wujud rancangan himpunan besar-besaran untuk tumbangkan kerajaan
March 19, 2023· Isu semasa
Anwar yakin dapat kembali sokongan orang muda hasil kerjasama dengan UMNO
March 18, 2023· Politik
Popular
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
March 20, 2023
Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang
March 19, 2023
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
March 20, 2023
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
March 20, 2023
Lagi Politik terkini
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
14 jam lalu · Politik
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
16 jam lalu · Politik
Zahid dakwa akar umbi mahu UMNO kekal bersama DAP dalam kerajaan
19 jam lalu · Politik
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
21 jam lalu · Politik
Warisan tak tolak bekerjasama dengan UMNO hadapi PRN Sabah: Shafie
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
17 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok