Lantikan politik pemimpin DAP dalam kerajaan bukan jilat ludah: Sheikh Umar

May 18, 2023 · Politik

Sheikh Umar Bagharib Ali mempertahankan lantikan politik melibatkan pemimpin parti itu dalam agensi kerajaan mahupun syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP itu menepis kritikan mengatakan mereka menjilat ludah balik kerana pernah menentang dasar lantikan politik kerajaan terdahulu, bagaimanapun kini dibawah kerajaan campuran langkah sama juga diteruskan.

Jelasnya, masyarakat juga perlu melihat perbezaan antara kedua-dua entiti berkenaan, iaitu agensi kerajaan merupakan institusi yang bertindak selari dengan kerajaan semasa, manakala GLC lebih berasaskan keuntungan.

“Saya tidak rasa perkara ini (lantikan politik dalam kalangan ahli DAP) sebagai tindakan menjilat balik ludah, sebabnya kedua-dua entiti itu berbeza, sama ada agensi kerajaan mahupun GLC.

“Berbeza dengan agensi yang sentiasa mengikut hala tuju kerajaan, lantikan ke dalam GLC mempunyai implikasi berlainan seperti sudut perolehan, keputusan perniagaan dan lain-lain.

“Selain itu, sebarang pelantikan dibuat masih melihat merit dan kredibiliti seseorang pemimpin sebelum diberikan tanggungjawab berkenaan,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Sheikh Umar terdahulu menyertai lawatan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin ke syarikat Tuzra Marketing Sdn. Bhd., di Bukit Indah hari ini.

Sheikh Umar yang juga Naib Pengerusi DAP Johor sebelum ini tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di kerusi Parlimen Ayer Hitam menentang Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan kini dilantik Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) yang baharu.

Sebelum ini, ada pihak yang mengkritik DAP kerana menerima jawatan yang dikategorikan sebagai lantikan politik yang ditentang semasa menjadi pembangkang.

Berita berkaitan
Zahid bawa UMNO tumpang rezeki DAP: Wan Saiful
5 jam lalu· Politik
DAP dan PKR dijemput ke Perhimpunan Agung UMNO, kata Asyraf Wajdi
6 jam lalu· Politik
UMNO, DAP, PKR alliance – Towards marital bliss or total disaster?
June 1, 2023· Rencana
Gerakan mampu buat kejutan di PRN dengan sokongan Bersatu, PAS
June 1, 2023· Rencana
Popular
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
June 2, 2023
Dr M sedia bekerjasama dengan Muhyiddin tapi tidak dengan Anwar
June 1, 2023
Muhyiddin sedia kerjasama semula dengan Tun M
June 2, 2023
DAP dan PKR dijemput ke Perhimpunan Agung UMNO, kata Asyraf Wajdi
June 2, 2023
Lagi Politik terkini
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
3 jam lalu · Politik
PN boleh tawan Selangor dengan formula satu lawan satu
3 jam lalu · Politik
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
3 jam lalu · Politik
PRN: Bersih gesa SPR buka permohonan undi pos segera
5 jam lalu · Politik
Muhyiddin sedia kerjasama semula dengan Tun M
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
22 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
23 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok