Lantik diri sendiri jadi Menteri Kewangan, Rafizi kata boleh pula sekarang

December 6, 2022 · Politik

Walaupun sebelum ini lantang menentang langkah seorang Perdana Menteri (PM) memegang jawatan Menteri Kewangan pada masa sama, sekarang Rafizi Ramli membuat pusingan-U dengan  menyokong pula langkah tersebut.

Menteri Ekonomi kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) itu kini mempertahankan langkah Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik dirinya menjadi Menteri Kewangan, mengikut jejak sama yang pernah dilakukan oleh bekas PM bergelar banduan, Datuk Seri Najib Razak.

“Yang kedua saya tak rasa yang ada menteri yang yang boleh ‘sakau’ duit macam dulu. Saya tak rasa. Sebab apa ? Kerana duit sudah tidak ada,” katanya semasa di Padang Serai malam tadi.

Rafizi berkata  yakin Anwar itu tidak akan menjadi seperti Najib kerana beliau mempunyai perwatakan dan didikan yang berbeza.

“Yang tu yang saya bimbang dengan rambut atas kepala saya ni. Lepas ni lama-lama kena pakai kopiah tutup botak. Sebab duit sudah tidak ada.

“Tanggungjawab menteri kewangan dan menteri ekonomi macam saya menggaru kepala macam mana kita nak kembangkan ekonomi supaya kita ada cukup (wang) untuk bantu rakyat.”

Rafizi juga menggesa agar agensi kerajaan yang mempunyai rekod buruk dan boleh dipersoalkan, dapat dikaji semula, dan individu yang jujur, amanah dan berani dilantik untuk memimpin mereka.

Anwar menerima kritikan banyak pihak kerana melantik dirinya sebagai menteri kewangan, yang bertentangan dengan manifesto PH pada Pilihan Raya Umum  ke-14, yang mengatakan bahawa seorang perdana menteri tidak sepatutnya memegang jawatan menteri kewangan berikutan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang berlaku ketika Najib memegang kedua-dua jawatan.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Popular
PRU-15: Senarai calon UMNO menang Parlimen
November 21, 2022
PMX ulang gesaan supaya Dr M, Daim bawa balik kekayaan
May 7, 2023
Zahid tiada ciri ketua kerajaan untuk jadi Perdana Menteri
April 13, 2021
PKR berharap Azalina dilantik jadi Yang di-Pertuan Dewan Rakyat
September 3, 2021
Lagi Politik terkini
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024 · Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok