Langkah terbaik PN bertemu PM bagi bincang isu berbangkit: Annuar

July 30, 2022 · Politik

Pertemuan delegasi Perikatan Nasional (PN) dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan beberapa isu dibangkitkan PN, kata Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa.

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata beliau percaya Ismail Sabri terbuka untuk berbincang dengan rakan-rakan parti yang terlibat dalam pembentukan kerajaan berhubung apa jua isu, lapor Bernama.

“(Pertemuan PN dan Perdana Menteri) itulah yang sebaik-baiknya kerana perkara ini (isu dibangkitkan PN) perlu duduk dan difikirkan bersama.

“Perdana Menteri tidak ada masalah untuk duduk dan berbincang atas apa jua perkara terutama sekali dengan rakan-rakan parti yang terlibat dalam pembentukan kerajaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang hari ini.

Annuar berkata demikian sebagai mengulas laporan media mengenai hasrat PN untuk bertemu Perdana Menteri bagi membincangkan pelaksanaan terma-terma perjanjian tersebut dalam masa terdekat.

Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam kenyataan pada Khamis berkata PN memutuskan untuk menghantar delegasi bertemu Perdana Menteri bagi tujuan itu.

Mengulas lanjut, Annuar berkata Perdana Menteri dalam apa jua tindakan akan mengambil kira situasi negara dan kepentingan rakyat dalam membuat keputusan.

“Soal politik dan kepartian tidak boleh kita terlalu dahulukan daripada kepentingan nasional dan negara,” katanya menambah, Jemaah Menteri ketika ini menjalankan tugas seperti biasa dengan penuh keharmonian.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
15 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok