Langkah Perak: DAP hapus identiti pejuang Melayu-Islam dalam UMNO

November 22, 2022 · Politik

Seorang penganalisis keselamatan dan politik mengatakan bahawa kerjasama UMNO/Barisan Nasional (BN) bersama Pakatan Harapan (PH) – dengan DAP mempunyai mempunyai kerusi paling banyak dalam PH – menghakis kepercayaan bangsa Melayu-Islam terhadap parti itu.

Penganalisis Keselamatan dan Politik di Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin, juga melihat kerjasama itu menghakis identiti perjuangan UMNO.

Beliau berkata kerjasama itu boleh memberi kesan mendalam sehingga dikhuatiri mendorong kehilangan identiti asal UMNO sebagai parti gergasi menjaga kepentingan Melayu-Islam yang memperjuangkan sejak kemerdekaan tanah air dulu.

Beliau berkata, ia sekali gus berpotensi menyebabkan kumpulan masyarakat yang masih menitikberatkan dominasi politik Melayu-Islam dalam pentadbiran negara ini, beralih arah memberikan sokongan kepada parti lain yang menawarkan pilihan sedemikian.

“Ini secara langsung boleh memberi kelebihan kepada parti baharu atau PAS yang dilihat semakin relevan memperjuangkan isu berkaitan kepentingan Melayu-Islam.

“Sudah tentu ini akan merugikan UMNO dari segi imej dan identiti. UMNO dikhuatiri menghadapi kesukaran untuk membersihkan dan memperbaiki imej mereka sebagai parti Melayu kepentingan Melayu-Islam nanti.

“UMNO harus menunjukkan kepada masyarakat bahawa parti berkenaan masih relevan dalam memperjuangkan isu kepentingan Melayu-Islam. Perkara ini dibuktikan PAS yang berjaya memenangi banyak kerusi pada PRU-15,” katanya menurut BH.

Pada PRU-15, PN memenangi 26 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak, manakala PH dan BN masing-masing meraih 24 dan sembilan kerusi sebelum bekerjasama membentuk kerajaan negeri yang baharu – Kerajaan DAP-UMNO Perak.

Mengulas lanjut, Noor Nirwandy menjelaskan, rakyat masih mahu ada parti bertanggungjawab untuk memelihara perkara berkaitan kepentingan Melayu-Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan serta perkara yang menjadi identiti berteraskan dominasi politik Melayu-Islam.

“Justeru, mereka berkemungkinan akan mencari alternatif yang ditawarkan parti lain kerana UMNO dilihat seolah-olah hilang keistimewaan itu dalam mempertahankan isu kepentingan Melayu-Islam apabila memilih bekerjasama dengan PH, kerana identiti atau imej diperjuangkan UMNO selama ini ialah ‘No Anwar, No DAP’,” katanya.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok