‘Langkah London’ fitnah penyokong Zahid, cari ‘kambing hitam’ UMNO

January 6, 2023 · Politik

Dakwaan ‘Langkah London’ untuk menjatuhkan Kerajaan Persekutuan sedia ada yang kononnya didalangi Perikatan Nasional (PN) adalah tuduhan palsu dan fitnah jelik daripada kelompok dalam UMNO yang takut kepada bayang-bayang sendiri.

Ketua Armada Bersatu Malaysia Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal berkata, dakwaan gerakan untuk menjatuhkan kerajaan itu didalangi PN juga adalah cubaan mengalihkan perhatian daripada isu masalah dalaman kronik UMNO.

Ahli Parlimen Machang itu percaya dakyah disebarkan segelintir ‘penjilat’ Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu sebenarnya bertujuan untuk mencari ‘kambing hitam’ daripada parti itu sendiri supaya ahli-ahli UMNO membencinya dan terus menyokong Zahid.

“Ini adalah fitnah batil daripada golongan dalam UMNO yang takut dengan bayang-bayang, yang takut dengan kebangkitan ahli-ahli UMNO sendiri.

“Mereka tahu mereka mempunyai seorang Presiden yang gagal dan menyebabkan prestasi UMNO sangat teruk dengan hanya meraih 26 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Justeru, kumpulan penjilat Presiden UMNO ini sebenarnya sedang mencari kambing hitam supaya orang-orang UMNO lain membenci kambing hitam ini dan terus menyokong Presiden mereka yang gagal,” katanya menurut Sinar.

Beliau berkata demikian bagi mengulas spekulasi dakwaan Langkah London yang dikaitkan dengan satu pertemuan sulit di antara Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan beberapa pemimpin koalisi itu selain pemimpin UMNO di London baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad Fayshal juga menyifatkan spekulasi gerakan berkenaan dibangkitkan menjelang Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 termasuklah tuduhan ada boneka PN dalam UMNO adalah perkara tidak masuk akal yang bertujuan memburukkan reputasi koalisi itu.

“Kita pun tahu UMNO-BN kalah teruk pada PRU15, cuma tuduhan ada boneka PN dalam UMNO tidak masuk akal.

“Tidak mengapa mereka hendak melemparkan tuduhan berkenaan, tetapi janganlah heret nama PN, atau mencipta persepsi ada Langkah London dan sebagainya kononnya berpunca daripada pihak kami.

“Sekali lagi, Ini merupakan permainan jelek pimpinan UMNO yang takut kebangkitan ahli-ahli parti itu sendiri,” katanya.

Berita berkaitan
Kena jaga hati parti dalam kerajaan, PM ulas jika bekas ahli UMNO masuk PH
6 jam lalu· Politik
Nepotisme dan Kronisme: Bad Governance!
6 jam lalu· Politik
Terima Khairy masuk PKR, nanti UMNO terguris hati macam mana? soal Aminuddin
11 jam lalu· Politik
Perpecahan UMNO berisiko jejas peluang PH pada PRN, kata pemimpin DAP
11 jam lalu· Politik
Popular
Perpecahan UMNO berisiko jejas peluang PH pada PRN, kata pemimpin DAP
January 29, 2023
Terima Khairy masuk PKR, nanti UMNO terguris hati macam mana? soal Aminuddin
January 29, 2023
UMNO sekarang hanya menumpang orang untuk dapat jawatan: Ku Li
January 29, 2023
Undang-undang anti-lompat halang sertai parti Hajiji, kata Armizan
January 29, 2023
Lagi Politik terkini
Apa beza keluarga Anwar dengan Trump? soal Wan Fayhsal
4 jam lalu · Politik
Undang-undang anti-lompat halang sertai parti Hajiji, kata Armizan
11 jam lalu · Politik
Pembersihan UMNO hampir sama dengan langkah PKR pada 2020 pecat pemimpin sendiri
16 jam lalu · Politik
Lawan lempar tuduhan, hanya cubaan rosakkan imej PAS-PN
16 jam lalu · Politik
UMNO sekarang hanya menumpang orang untuk dapat jawatan: Ku Li
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ramai dah mula sedar, UMNO tak peduli orang Melayu
13 jam lalu
[VIDEO] Terserah kepada KJ sertai Bersatu
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok