Langkah Kajang, Port Dickson pengkhianat rakyat sebenar: Azmin

October 26, 2022 · Politik

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menolak dakwaan mengatakan beliau dan kumpulannya sebagai pengkhianat kerana terbabit dalam ‘Langkah Sheraton’ pada Februari 2020.

Menurutnya label ‘pengkhianat’ terhadap beliau merupakan panggilan yang diberikan oleh mereka yang sudah muflis budaya politik sihat.

Sebaliknya, bekas Timbalan Presiden PKR itu menegaskan bahawa pengkhianat sebenarnya adalah mereka yang menyebabkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, terpaksa diadakan.

“Mengapa hanya fokus Langkah Sheraton dan bukan Langkah Kajang atau Langkah Port Dickson?,” soal beliau dalam temu bual rancangan Agenda Awani yang disiarkan semalam (Selasa, 25 Oktober 2022).

Langkah Kajang merujuk pada rancangan menjadikan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dengan bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 2014, namun gagal selepas mahkamah mendapati beliau bersalah atas tuduhan liwat.

Langkah Port Dickson pula menyaksikan Ketua Pembangkang itu bertanding dalam PRK Parlimen Port Dickson bagi membolehkan beliau berpeluang menjadi Perdana Menteri selepas Tun Dr Mahathir Mohamad, namun gagal selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) ditumbangkan.

Mohamed Azmin berkata, pihak yang terbabit dalam kedua-dua langkah politik itu adalah pengkhianat sebenar, selepas wakil rakyat yang masih berkhidmat dipaksa meletakkan jawatan bagi memenuhi ‘nafsu serakah seseorang’.

“Pengkhianat sebenar adalah mereka yang lakukan PRK di Kajang. Mengapa tidak fokus pada Langkah Kajang, Langkah Port Dickson, tetapi fokus pada Langkah Sheraton saja.

“Sedangkan Langkah Kajang adalah satu pengkhianatan mutlak, apabila wakil rakyat yang masih hidup, masih berkhidmat dan dipilih pada pilihan raya umum (PRU), tetapi oleh kerana nafsu serakah seseorang, maka dipaksa meletak jawatan untuk membolehkan beliau menjadi Menteri Besar Selangor.

“Begitu juga di Port Dickson, apabila wakil rakyat yang masih hidup, berkhidmat dan dipilih ketika PRU, dipaksa meletak jawatan untuk memenuhi nafsu serakah seseorang yang ingin menjadi Perdana Menteri? Apakah ini bukan pengkhianatan?” katanya

Beliau mempertahankan Langkah Sheraton, yang merujuk pada tindakan Bersatu dan 11 Ahli Parlimen PKR dirinya keluar daripada Pakatan Harapan (PH), menyebabkan gabungan itu hilang majoriti sebagai kerajaan.

Mohamed Azmin berkata, peristiwa itu berbeza dengan Langkah Kajang dan Port Dickson, yang mana tiada sesiapa dipaksa meletakkan jawatan, selain ia didakwa memperkukuh kedudukan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ketika itu.

“Malangnya, oleh kerana pergaduhan dan perebutan kuasa dalam PH itu sendiri menyebabkan Dr Mahathir meletak jawatan.

“Mengapa dipersalahkan saya atau Tan Sri Muhyiddin Yassin sedangkan berlakunya kekosongan itu kerana Perdana Menteri meletak jawatan, maka proses penggantian dilakukan mengikut Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Pada masa sama, Mohamed Azmin menegaskan tidak pernah melompat parti ketika itu, sebaliknya beliau dipecat oleh PKR, sekali gus tidak sepatutnya digelar ‘katak politik’.

“Saya tak pernah lompat (parti). Tuduhan bahawa kita golongan katak adalah tidak berasas kerana saya dan kumpulan saya dipecat akibat tidak wujud demokrasi dalam parti lama.

“Saya dipecat kerana menegur seseorang yang terlalu rakus untuk berkuasa dalam negara. Apakah itu salah? Saya menegur kerana melihat PH gagal melaksanakan dasar yang peduli dan prihatin rakyat,” katanya.

Pada masa sama, beliau menuduh PH gagal memenuhi aspirasi rakyat, menyebabkan kerajaan yang dibentuk dengan mandat rakyat Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) itu gagal dipertahankan.

Sebagai contoh, katanya, tindakan lapan menteri PH mendesak Perdana Menteri ketika itu menukar lapan Ketua Setiausaha kementerian dilihat sebagai cuba bergaduh dengan anggota pentadbiran awam.

“Banyak juga peruntukan pembangunan dipadamkan, menyebabkan sesuatu kaum dalam negara rasa tertekan.

“Selain itu, beberapa kenyataan keras bersifat keterlaluan (oleh pemimpin PH) menyebabkan rakyat tidak rasa harmoni duduk dalam pentadbiran PH,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
20 jam lalu· Politik
Ada kleptokrat jadi TPM, tak tahu kabinet Anwar ini apa dia? soal Samsuri
December 4, 2022· Politik
Selepas dilantik TPM, Zahid puji Anwar pula lantik diri sendiri jadi Menteri Kewangan
December 4, 2022· Politik
Lantik Zahid jadi TPM pengkhianatan terbesar Anwar dan PH kepada rakyat
December 2, 2022· Politik
Popular
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
December 6, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Main naratif judi, Anwar dan Zahid berharap dapat tipu rakyat lagi?
38 minit lalu · Politik
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
5 jam lalu · Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
7 jam lalu · Politik
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
11 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
5 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok