Lajim Ukin meninggal dunia

August 29, 2021 · Politik

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Lajim Ukin, 66 tahun, meninggal dunia pada jam 6.23 pagi tadi setelah kira-kira dua minggu dirawat akibat jangkitan Covid-19.

Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dimasukkan ke Hospital KPJ selepas disahkan positif Covid-19 ketika mendapatkan rawatan kerana kurang sihat sekembalinya dari lawatan kerja kerajaan negeri di Kudat, pada 12 Ogos lalu.

Pemergian bekas Ahli Parlimen Beaufort itu disahkan isterinya, Datin Seri Normilah Siong.

“Ya benar, beliau telah meninggal pada jam 6.23 pagi tadi dan saya telah menerima panggilan daripada pihak hospital. Setakat ini masih di Hospital KPJ namun jenazahnya saya akan bawa juga pulang ke Beaufort,” katanya, di sini.

Berita sedih mengenai pemergian Lajim turut dikongsi bekas Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah, Samin Ongki.

“Dukacita dimaklumkan Ybhg Datuk Seri Panglima Hj Lajim Hj Ukin baru saja menghembuskan nafas terakhir di Hospital KPJ sebentar tadi.

“Jenazah akan dibawa balik ke Kg Kabatu Beaufort selepas proses KKM selesai. Terima kasih atas doa anda semua,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau pagi ini.

Kesihatan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah itu dilaporkan merosot selepas kira-kira seminggu dirawat sebelum ditidurkan pada awal minggu ini.

Berita berkaitan
Kematian saksi 1MDB, polis sahkan tiada unsur jenayah
May 31, 2023· Isu semasa
Enam maut, lima cedera nahas kereta di Jalan Mersing-Kluang
January 23, 2023· Isu semasa
Bekas MP BN Langkawi meninggal dunia di Jerman
November 28, 2022· Isu semasa
Pelajar perempuan Tingkatan Empat disyaki dibunuh kekasih
June 27, 2022· Isu semasa
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
BN kalah PRU-15 sebab Zahid, kata Annuar Musa
November 21, 2022
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
9 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok