Lain dibincang dalam mesyuarat MT, lain yang keluar dari mulut Zahid

July 8, 2021 · Politik

Kenyataan yang dikeluarkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sejurus Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang berlangsung semalam tidak menggambarkan keputusan yang dibincang dalam pertemuan selama hampir lima jam itu.

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Zahid tersebut menyeleweng daripada topik perbincangan yang berjalan semalam atau dalam erti kata lain yang dibincang tapi lain pula yang keluar dari mulutnya semasa membaca perutusan sidang media itu.

“Sebaik saja Presiden UMNO selesai membuat kenyataan media lewat tengah malam tadi, saya dihubungi beberapa ahli MT yang menyatakan kenyataan media Presiden tidak menggambarkan keputusan Mesyuarat MT,” katanya dalam satu kenyataan.

Malah, Annuar mendedahkan hasil daripada maklumat yang diberikan, siaran langsung kenyataan media yang dibaca oleh Zahid itu sudah disediakan lebih awal sebelum berlangsung mesyuarat MT jam 8.30 malam semalam.

“Tinjauan lanjut menyatakan apa yang dibaca kepada media adalah kenyataan yang telah disiapkan lebih awal, sebelum MT bermesyuarat. Jika benar, ternyata sekali lagi MT di permainkan dan ini amat serius,” katanya.

Jelasnya, perkara tersebut bukan kali pertama berlaku apabila Zahid membuat keputusan mengikut kepentingan peribadinya dan keputusan semalam juga tidak melibatkan sebarang undian dibuat seperti kebiasaan yang berlaku dalam mesyuarat MT sebelum membuat sebarang ketetapan parti.

“Mengapakah ini terus terjadi berkali-kali… Lain di bincang, lain pula dirumuskan.

“25 ahli MT telah bercakap, dalam suasana yang agak tenang dan jujur memberi pendapat… Jelas banyak pendapat yang berbeza. Tiada konsensus yang ketara.

“Tiada undian dibuat… Malah perbincangan tidak berkisar pada sama ada UMNO perlu keluar dari Kerajaan PN (Perikatan Nasional), seperti yang dimomokkan sebelum ini, termasuk pendirian yang dipohon dari pertemuan secara berasingan dengan ahli MT,” katanya lagi.

Annuar juga menggesa supaya Zahid menjelaskan kedudukan sebenar kerana akhirnya kebenaran akan terserlah jua.

“Lambat laun kedudukan sebenar akan terserlah jua. Tak baik bagi parti kita,” katanya.

Malam tadi, Zahid sekali lagi mengumumkan keputusan yang seakan sama semasa ketetapan Perhimpunan Agung UMNO 2020 tetapi kali ini dengan lebih keras menuntut supaya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur secara terhormat dan memutuskan UMNO menarik sokongan daripada kerajaan PN.

Zahid juga menuntut supaya PM baharu dilantik bagi menggantikan Muhyiddin bagaimanapun tidak menamakan individu yang layak untuk memegang jawatan nombor satu negara itu.

Bagaimanapun, Zahid berkata hanya PM sahaja berundur dan Menteri Kabinet sedia ada akan kekal.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023
Lagi Politik terkini
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok