Lagi rahsia Zahid arah Wanita UMNO sokong Anwar bakal terbongkar

April 27, 2021 · Politik

Kontroversi isu klip audio tular Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan satu-satunya bukti wujud pakatan sulit antara kedua-dua pemimpin tersebut, malah terdapat lagi pendedahan akan terbongkar selepas ini berhubung rancangan sebenar melibatkan Presiden UMNO itu.

Sumber memberitahu Agenda Daily, terdapat bukti yang akan didedahkan selepas ini semasa Zahid memanggil mesyuarat berjumpa ketua-ketua Wanita UMNO negeri dan menyuruh mereka supaya menyokong Ketua Pembangkang tersebut sebagai calon perdana menteri.

Bagaimanapun, hasrat Zahid untuk melobi Anwar tersebut ditolak mentah-mentah semua ketua-ketua Wanita yang hadir semasa pertemuan tersebut dan pulang dengan penuh rasa kecewa.

Seorang sumber yang hadir semasa mesyuarat tersebut menyatakan rasa terkejut dengan kenyataan Zahid yang mahu semua ketua-ketua Wanita itu menyokong cadangannya untuk meletak Anwar sebagai calon perdana menteri.

“Ya, kami semua terkejut dengan cadangan dibuat Zahid itu… tapi kami semua menolaknya dan bertegas sama sekali tidak akan menerima cadangan yang dibawa Zahid itu,” kata sumber.

Menurut sumber, beliau juga ada bertanya kepada Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berhubung tandatangan cek yang bernilai jutaan ringgit melibatkan sebuah yayasan miliknya, dipercayai ia merujuk kepada kes salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram Yayasan Akalbudi.

“Masa itu dia panggil semua Ketua Wanita negeri, masa itu depan semua Ketua Wanita negeri. Dia kata itu kesilapan dia, kita tanya Datuk Seri (Zahid) you sign cek bukan seribu dua, tapi berjuta, macam mana boleh buat satu tindakan yang bodoh? Ha itulah silap saya (jawab Zahid).

“Dia (Zahid) dah tahu dah kesilapan yang dia buat, yes he did that. Dia mengaku depan semua Ketua Wanita. We know about it,” kata sumber.

Semasa prosiding perbicaraan pada 13 Februari 2020, seorang saksi ahli kimia memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa 16 cek milik Yayasan Akalbudi yang digunakan untuk membuat beberapa pembayaran termasuk kegunaan peribadi Zahid mempunyai tandatangan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Menurut sumber, tidak semua pemimpin dalam Wanita UMNO yang menyokong usaha Zahid untuk menyokong Anwar bagaimanapun mereka tersepit kerana tidak berani untuk menyuarakan pandangan berbeza dengan Presiden UMNO itu.

Malah, sumber memberitahu Zahid sangat marah dengan Ketua Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad kerana tidak sehaluan dengan rancangan beliau.

Krisis dalaman UMNO semakin serius selepas tular klip audio tular perbualan Zahid dengan Anwar yang sedang merancang satu pakatan sulit.

Beberapa pemimpin utama parti juga secara terbuka menggesa supaya pemilihan diadakan pada Jun ini selepas berakhir mandat tersebut.

Berita berkaitan
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
36 minit lalu· Isu semasa
Kerajaan ambil tindakan ketirisan minyak masak ke negara jiran
60 minit lalu· Isu semasa
Pendedahan Tajuddin tak mengejutkan, ‘kluster mahkamah’ sanggup lakukan apa sahaja
6 jam lalu· Politik
PH hanya kritik Ismail Sabri tapi bukan desak PRU-15 awal, kata pemimpin
7 jam lalu· Politik
Popular
Tangguh pemilihan, UMNO kena tunggu keputusan RoS 16 Julai ini: Ismail Sabri
July 2, 2022
Pendedahan Tajuddin tak mengejutkan, ‘kluster mahkamah’ sanggup lakukan apa sahaja
July 3, 2022
Menjelang tamat MoU dengan Ismail Sabri, Anwar kata kerajaan ‘bangang’ pula
July 3, 2022
PH hanya kritik Ismail Sabri tapi bukan desak PRU-15 awal, kata pemimpin
July 3, 2022
Lagi Politik terkini
Selepas dibidas ‘bangang’, Noh bidas Anwar pula tak tahu cerita sebenar
18 minit lalu · Politik
Parti Syed Saddiq intai peluang bertanding di Perak
1 jam lalu · Politik
Menjelang tamat MoU dengan Ismail Sabri, Anwar kata kerajaan ‘bangang’ pula
8 jam lalu · Politik
Tangguh pemilihan, UMNO kena tunggu keputusan RoS 16 Julai ini: Ismail Sabri
18 jam lalu · Politik
Isu Zuraida, Muhyiddin sudah berjumpa PM dan berbincang
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok