Lagi kemelut politik, 4 ADUN tarik sokongan kepada KM Melaka

Negara berdepan satu lagi kemelut politik, kali ini melibatkan pentadbiran kerajaan negeri Melaka selepas empat orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap Ketua Menteri (KM) Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Penarikan sokongan tersebut diketuai oleh bekas KM, Datuk Seri Idris Haron yang ADUN Sungai Udang bersama tiga lagi ADUN yang kini tidak lagi meyokong seluruh kepimpinan negeri kerajaan.

“Saya Idris Haron, ADUN Sungai Udang, bersama Pangkalan Batu, Teluk Emas, dan Pantai Kundur, mengumumkan kami hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri Melaka dan seluruh kepimpinan kerajaan.

“Kami berempat telah menyerahkan surat ketidakpercayaan kepada pejabat ketua menteri,” katanya pada media lapor media di negeri tersebut hari ini.

Turut serta dalam sidang media itu, Datuk Nor Azman Hassan (UMNO-Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).

“Kami dah hadir (sidang media) menunjukkan ketidakyakinan kepada kepimpinan kerajaan negeri hari ini.

“Kami pun letak jawatan (sebagai exco) bermakna kerajaan sudah tak ada,” kata Idris lagi.

Kerajaan Melaka yang diterajui Barisan Nasional (BN) dibentuk pada Mac tahun lalu selepas Pakatan Harapan tumbang berikutan empat ADUN ketika itu memberikan sokongan kepada gabungan Perikatan Nasional (PN).

Kerajaan Melaka ketika ini diwakili 17 ADUN, dengan 14 daripadanya diwakili UMNO, diikuti dua daripada Bersatu dan satu Bebas, manakala pembangkang pula 11 kerusi.

BERITA BERKAIT
POPULAR