BN kalah teruk, lagi desakan Zahid letak jawatan

November 23, 2022 · Politik

Desakan demi desakan disuarakan pimpinan Barisan Nasional (BN) terhadap pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi susulan prestasi buruk gabungan itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Sabtu lalu.

Terbaru, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad secara terbuka mendesak agar bosnya itu mengundurkan diri secara terhormat.

“Dalam hal ini, Presiden UMNO perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan BN. Zahid perlu mengundurkan diri secara terhormat.

“Ahli-ahli parti dan pemimpin UMNO selama ini taat mengikuti segala arahan dan naratif Presiden. Kesilapan percaturan strategi dan naratif presiden yang silap pada PRU-15 membawa padah dan kekalahan paling teruk dalam sejarah UMNO.

“Oleh yang demikian, Zahid perlu berjiwa besar dan melepaskan jawatan Presiden UMNO sebagaimana yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin-pemimpin politik lain diseluruh dunia sebelum ini agar dapat memberi ruang kepada penggantinya meneruskan perjuangan parti ini,” tulisnya di akaun Facebook peribadinya, hari ini.

Sebelum ini, desakan sama turut disuarakan parti komponen BN, MCA dan MIC serta pelbagai pemimpin UMNO yang lain.

Tular satu kenyataan media yang mengumumkan peletakan jawatan Zahid namun beliau menafikannya.

Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Selepas Noh, Khairy juga dipecat dan Hishammuddin digantung keahlian
January 28, 2023
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
23 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok