Label pemimpin PAS ‘jahanam’ sifat melampau dalam UMNO

Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan tindakan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Kelantan, Datuk Zawawi Othman, melabelkan pemimpin parti sebagai ‘jahanam’ suatu sifat melampau UMNO.

Selain menyifatkan kenyataan itu sebagai dangkal dan keterlaluan, beliau yang juga Timbalan Presiden PAS menganggap perbuatan itu tidak manis.

“Saya menolak kenyataan itu (jahanam) yang saya anggap sebagai melampau. Kita hormati semua parti politik, (dalam masa sama) tak bolehlah kita label dan kita letak istilah (kurang baik).

“Bagi saya, itu hak PAS lah, parti lain tak boleh campur (urusan parti). Tak perlu kita labelkan (orang) seperti itu yang saya rasa tak begitu manis,” katanya selepas menyerahkan Loji Rawatan Kumbahan Serantau Bandaraya Melaka di Batu Berendam, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kecaman dibuat oleh Zawawi yang menganggap UMNO tidak boleh bekerjasama dengan Pas selagi ada ‘tiga jahanam’ yang memimpin parti itu.

Tiga pemimpin yang dipetik itu ialah Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Sabtu lalu, Zawawi dilaporkan berkata, UMNO Kelantan menganggap parti itu tidak boleh bekerjasama dengan PAS selagi ada tiga ‘jahanam’ yang memimpinnya kerana dianggap ‘bermulut jahat.’

Terdahulu, Ketua Pemudanya Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan kecaman itu sebagai perkara lucu dan tidak masuk akal.

Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas itu membalas kecaman dibuat oleh Datuk Zawawi Othman baru-baru ini semasa Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU) baru-baru ini dengan menyuruhnya supaya menasihati pemimpin UMNO sendiri yang berdepan masalah integriti. Berita berkaitan 

BERITA BERKAIT
POPULAR