Kuota rendah: Wanita UMNO kata pucuk pimpinan lemah, mungkir janji

November 3, 2022 · Politik

Selepas tidak sampai 36 jam Barisan Nasional (BN) mengumumkan calonnya untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November ini, Wanita UMNO menyifatkan kepimpinan tertingginya lemah dan tidak memberi pengiktirafan sepatutnya kepada golongan wanita.

Membangkitkan isu kepimpinan tertingginya yang mungkir janji memberikan 30 peratus kuota kepada sayap UMNO itu, Ketua Penerangan Wanita UMNO Datuk Norshida Ibrahim mempersoalkan adakah ianya sekadar angan-angan kosong pucuk pimpinan parti.

“Apakah kita perlu berdiam diri dengan pendirian sebegini yang telah sebegitu lama dijanjikan. Angan-angan kosong oleh pucuk pimpinan?

“Jelas bahawa pucuk pimpinan lemah dan tidak mengiktiraf serta memberikan kepercayaan penuh kepada Wanita BN untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam pimpinan arus perdana negara.

“Kecewa dengan keputusan hanya 11% sahaja yang dicalon di kalangan wanita dan tidak sepatutnya begitu,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya semalam (2 November 2022).

Norshida berkata keprihatinan kepada isu ini oleh pucuk pimpinan boleh katakan hanya “batuk di tepi tangga” kerana mereka tahu ramai wanita mempunyai bakat, iltizam dan potensi untuk memimpin serta berkhidmat untuk rakyat dan negara, tetapi gagal diketengahkan.

Janji yang tidak ditepati itu merungsingkan Wanita UMNO kerana bimbang sokongan kepada calon BN dalam pilihan raya ini akan merosot.

Menurutnya kuota 30 peratus calon wanita nampak seperti dipandang enteng pucuk pimpinan dan perkara itu sewajarnya tidak berlaku pada PRU-15.

Katanya, perkara itu sudah beberapa kali disuarakan sehingga membawa kepada ketetapan Majli Tertinggi (MT) UMNO dan janji pucuk pimpinan BN untuk laksanakan kuota 30 peratus calon wanita, tetapi gagal ditepati dan diterjemah BN.

“Apakah pucuk pimpinan BN lupa bahawa calon wanita adalah satu daripada faktor kemenangan kepada BN?

“Adakah pucuk pimpinan lupa janji itu ditagih semua wanita dan pengundi wanita di negara ini?,” katanya.

Senarai kerusi Parlimen BN menyaksikan hanya lapan calon Wanita UMNO dan tiga calon Puteri disenaraikan.

Norshida mengingatkan sekiranya MT dan pimpinan tertinggi tidak mahu melaksanakan kuota 30 peratus calon Wanita, maka sepatutnya ia tidak perlu dijanjikan.

Terdahulu, bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Mastura Mohd Yazid mengkritik partinya sendiri, UMNO dan BN yang dilihat tidak cakap serupa bikin apabila tidak menunaikan janji untuk meletak lebih ramai calon wanita dalam PRU kali ini.

Beliau tercicir daripada mempertahankan kerusinya mempertikaikan BN yang dilihat tidak mengotakan janji untuk meletak sekurang-kurangnya 30 peratus calon wanita pada PRU-15, malah tiada satu calon wanita dinamakan di Perak dan Negeri Sembilan.

“Janji 30 peratus calon Wanita?? (Namun) Tak seorang pun Wanita UMNO dicalonkan untuk kerusi Parlimen di negeri Perak dan Negeri Sembilan,” kata Mastura dalam status Facebooknya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
8 jam lalu· Politik
Terbukti sudah, demi kuasa dan kemaruk nak jadi PM prinsip pun dicampak 
20 jam lalu· Politik
Lantik menteri ada kes mahkamah, kerajaan sekarang sudah songsang: Sanusi
20 jam lalu· Politik
Lantik Zahid jadi TPM pengkhianatan terbesar Anwar dan PH kepada rakyat
December 2, 2022· Politik
Popular
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
December 3, 2022
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
December 3, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
Reformasi apa jika Anwar turut pegang Kementerian Kewangan?
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid hadapi tuduhan rasuah, tak patut dilantik jadi TPM: BERSIH
8 jam lalu · Politik
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
8 jam lalu · Politik
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
8 jam lalu · Politik
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
12 jam lalu · Politik
Kewibawaan Kabinet Anwar terjejas setelah Zahid dilantik TPM: IDEAS
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok