Kuota lapan menteri, timbalan menteri PAS kekal

August 27, 2021 · Politik

Kuota tiga menteri dan lima timbalan menteri kepada PAS – parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) – dikekalkan dalam Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dua bekas menteri Kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Timbalan Presiden PAS, serta Setiausaha Agung PAS yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan, dilantik semula.

Tuan Ibrahim dikekalkan sebagai Menteri Alam Sekitar, manakala Takiyuddin kini berpindah ke Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Senator Idris Ahmad adalah muka baharu yang diangkat bagi memenuhi kuota tiga menteri kepada parti itu.

Beliau dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang sebelum ini disandang bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohd Al-Bakri.

Dalam kenyataannya hari ini Ismail Sabri turut mengumumkan pelantikan lima lagi Ahli Parlimen (MP) daripada PAS sebagai timbalan menteri.

Mereka ialah:

1) MP Pasir Puteh yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh sebagai Timbalan Menteri II Pertanian dan Industri Makanan;

2) MP Pengkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuk Shaary – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama);

3) MP Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff – Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat;

4) MP Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim – Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi; dan

5) MP Pendang, Datuk Awang Hashim – Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Bagaimanapun, belum pasti apakah peranan yang akan diberikan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang ketika pentadbiran Muhyiddin telah dilantik sebagai Penasihat Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf Menteri.

Berita berkaitan
PAS gesa pesalah skandal kapal tak siap dibawa ke muka pengadilan
11 jam lalu· Isu semasa
PN sahkan masih sokong PM, tidak timbul isu tarik sokongan: Annuar
17 jam lalu· Politik
PN beri komitmen sokong PM sehingga diadakan PRU-15: Ronald
19 jam lalu· Politik
PM hanya ambil kira pandangan parti sendiri, bukan pandangan bersama: PAS
August 6, 2022· Politik
Popular
Isu 1MDB dahulu Najib juga nafikan, akhirnya didakwa di mahkamah
August 8, 2022
Isu kapal LCS, Rafizi beri amaran Najib akan kena kali ini
August 7, 2022
PN sahkan masih sokong PM, tidak timbul isu tarik sokongan: Annuar
August 7, 2022
PN beri komitmen sokong PM sehingga diadakan PRU-15: Ronald
August 7, 2022
Lagi Politik terkini
Isu 1MDB dahulu Najib juga nafikan, akhirnya didakwa di mahkamah
4 jam lalu · Politik
MP Puncak Borneo beri penjelasan tukar parti baharu, demi pengundi
19 jam lalu · Politik
Lima kawasan di Perak jadi sasaran untuk ditandingi Warisan pada PRU-15
19 jam lalu · Politik
PRU-15 November: Laporan
August 7, 2022 · Politik
Isu kapal LCS, Rafizi beri amaran Najib akan kena kali ini
August 7, 2022 · Politik
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
2 jam lalu
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok