Kumpulan Zuraida kekal kata Larry bukan lagi presiden PBM

October 30, 2022 · Politik

Mesyuarat majlis tertinggi Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang dipanggil Datuk Larry Sng di Sarikei, Sarawak adalah terbatal dan tidak sah, kata Timbalan Presiden yang ‘digantung’ Haniza Talha.

Menurutnya mesyuarat itu terbatal kerana Larry tidak mempunyai kuorum yang cukup iaitu memerlukan kehadiran separuh daripada ahli majlis tertinggi.

“Beliau boleh berbincang tetapi bukan mesyuarat yang sah dan apa sahaja keputusan di dalamnya tidak boleh diambil sebagai keputusan parti,” kata Haniza menurut The Star.

Larry melalui media sosial pada malam Jumaat (29 Oktober) mengumumkan bahawa beliau membuat keputusan menggantung 12 ahli majlis tertinggi, termasuk Haniza kerana menjejaskan kepentingan parti dan kepimpinannya mengikut Fasal 60 (iii) perlembagaan parti.

Beliau juga mengumumkan penggantungan Zuraida “sebagai ahli biasa PBM.”

Susulan itu, beliau memanggil mesyuarat tertinggi di Sarikei, Sarawak pada jam 4 petang hari ini (30 Oktober). Beliau berkata mereka yang telah digantung kerja tidak akan dijemput untuk menghadiri mesyuarat itu.

Haniza menjelaskan bahawa dia hairan dengan Larry yang menggunakan Facebook untuk membuat kenyataan sedemikian secara tiba-tiba.

“Kami semua berada dalam kumpulan Whatsapp dan kami sedang berkomunikasi di sana mengenai pilihan raya dan apa yang akan berlaku. Semua perbincangan ini telah berlaku dalam kumpulan Whatsapp tetapi dia tidak berkata apa-apa.

“Ia hanya mengejutkan kami bahawa dia mengeluarkan kenyataan ini yang dia tidak nyatakan sama sekali,” tambahnya.

Ketika ditanya sama ada Sng pernah mengiktiraf Zuraida sebagai presiden, Haniza berkata “ya dia lakukan kerana dalam AGM dia secara lisan berkata demikian.”

Beliau berkata resolusi untuk melantik Zuraida sebagai presiden baharu telah dibawa dalam kalangan semua perwakilan pada AGM itu.

“Semua itu direkodkan dalam minit mesyuarat dan dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS),” katanya menjelaskan parti kini menunggu jawapan ROS.

Bagaimanapun, ROS hari ini, mengesahkan Larry masih lagi Presiden PBN berdasarkan rekod yang ada di jabatan itu.

Ketua Pengarahnya Mohd Nawardi Saad berkata berdasarkan rekod, Larry masih Presiden dan jika ada pertikaian mengenai jawatan itu, ia perlu diselesaikan di peringkat parti.

Katanya, pertikaian mengenai jawatan Presiden itu adalah hal dalaman parti dan tidak membabitkan ROS.

“Itu hal dalaman parti mereka, jika ada pertikaian mereka kena selesaikan sendiri dan ini tidak membabitkan ROS,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Saya masih Presiden PBM, kata Zuraida walaupun ROS kata bukan
October 30, 2022· Politik
Isu PBM makin panas: Larry gantung dua orang kuat Zuraida
October 27, 2022· Politik
BN kena terima PBM jadi rakan sekarang, bukan selepas PRU-15: Zuraida
October 23, 2022· Politik
Saya tandatangan watikah calon bukan Zuraida, kata Larry Sng
October 2, 2022· Politik
Popular
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
December 3, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
December 3, 2022
Reformasi apa jika Anwar turut pegang Kementerian Kewangan?
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid hadapi tuduhan rasuah, tak patut dilantik jadi TPM: BERSIH
10 jam lalu · Politik
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
10 jam lalu · Politik
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
10 jam lalu · Politik
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
10 jam lalu · Politik
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok