Kumpulan pro-Najib bocor maklumat konon PM akan dipecat kepada Malaysiakini

August 27, 2022 · Politik

Secara tiba-tiba UMNO dikejutkan dengan laporan portal Malaysiakini yang mendedahkan kononnya UMNO akan memecat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob jika tidak mengikut arahan parti untuk mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) segera.

Laporan Malaysiakini itu sudah dinafikan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang menyifatkan ia sebagai satu laporan tidak tepat dan menyeleweng, sebaliknya menegaskan mesyuarat Biro Politik pada Rabu berlangsung tanpa sebarang isu pemecatan dibangkitkan.

Pendedahan portal tersebut dibuat sehari sebelum pemimpin akar umbi UMNO berhimpun pada Sabtu yang sudah pastinya mahu membangkitkan sentimen penolakan terhadap Perdana Menteri dan terus memberi tekanan supaya PRU-15 disegerakan.

Ketua Pemudanya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki juga sudah memberi amaran UMNO akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dua portal iaitu Malaysiakini dan Astro Awani behrhubung laporan yang mendedahkan perbincangan semasa mesyuarat Biro Politik tersebut.

Agenda Daily kemudiaan cuba mendapatkan maklumat berhubung kebocoran maklumat yang menyebabkan Malaysiakini menghasilkan laporan berhubung isu yang dibangkitkan semasa mesyuarat Biro Politik tersebut.

Daripada maklumat awal, difahamkan terdapat kumpulan pro kepada Datuk Seri Najib Razak yang berada dalam mesyuarat pada malam Rabu membocorkan maklumat dalaman parti kepada dua portal tersebut.

Bagaimanapun Agenda Daily tidak akan menamakan individu yang tidak bertanggungjawab membocorkan maklumat parti kepada portal tersebut untuk dijadikan modal memecahbelahkan UMNO.

Susulan daripada penafian dan ancaman akan disaman oleh UMNO, Malaysiakini kemudiaan meminda dan menambah beberapa maklumat baharu dalam laporan berita yang disunting kemudiaannya dengan mengatakan terdapat maklumat berbeza-beza yang diperoleh daripada sumber yang tidak dinamakan.

Bagaimanapun, umum mengetahui keputusan hukuman penjara yang dijatuhkan Mahkamah Persekutuan terhadap Najib menyebabkan beberapa pengikut setianya tidak berpuas hati dengan Ismail Sabri.

Pelbagai kritikan dan kecaman dihalakan kepada Ismail Sabri selepas Najib disumbat ke penjara, paling ketara adalah bekas ahli MT, Datuk Lokman Adam yang setiap hari mengadakan live di Facebook menghentam Ismail Sabri.

Kemudiaan beberapa hari lalu, seorang Ahli MT, Datuk Puad Zarkashi juga mengeluarkan kenyataan mencadangkan agar UMNO membatalkan pencalonan “poster boy” yang diputuskan sebelum ini.

Puad nampaknya secara terbuka sama ada secara langsung atau tidak langsung cuba memperlekehkan Ismail Sabri kononnya tidak berani mengambil tindakan untuk menyelamatkan Najib daripada meringkuk dalam penjara.

Ekoran laporan daripada dua portal tersebut, ia seakan memberi gambaran Ismail Sabri sedang diugut UMNO supaya tunduk kepada arahan parti atau berdepan tindakan balas selepas ini.

Berita berkaitan
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
3 jam lalu· Politik
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
3 jam lalu· Politik
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023· Politik
Popular
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
September 30, 2023
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Lagi Politik terkini
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023 · Politik
Satu negara harga barang naik, kenapa tumpu jualan murah di Pelangai? soal ADUN Beserah
September 29, 2023 · Politik
Jawatan Presiden PAS dan Timbalan berkemungkinan tiada pencabar: Sanusi
September 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
6 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok