Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO

December 5, 2022 · Politik

Sikap kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH)-UMNO yang condong ke kiri mula menunjukkan kesan apabila beberapa kumpulan aliran antiperdagangan mula lantang bersuara.

Kumpulan ini melihat Kerajaan Pusat diketuai Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih condong kepada fahaman kiri dan mudah dipengaruh, kata Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat supaya peka dengan perkara itu dan jika kerajaan PH-UMNO memberi perhatian kepada kumpulan-kumpulan tersebut, ia merupakan satu lagi bukti penularan fahaman sosiopolitik kiri di Malaysia.

Sebagai contoh katanya, kumpulan itu baru-baru ini mahukan kerajaan PH-BN menarik diri daripada perjanjian perdagangan bebas antarabangsa yang dikenali sebagai ‘Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership’ (CPTPP).

Wan Saiful yang juga ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata kumpulan itu lantang semula kerana tahu pentadbiran Anwar condong ke arah kiri.

“Salah satu elemen dalam falsafah ekonomi kiri ialah sikap anti perdagangan terbuka dan anti ekonomi pasaran. Mereka berselindung di sebalik pelbagai hujah seperti perlukan libat urus, perlukan kajian, mahu elak berat sebelah, dan sebagainya.

“Tetapi ini semua adalah alasan ciptaan sahaja. Sebenarnya semua alasan ini sengaja dicipta untuk menutup hakikat bahawa sikap mereka itu berakar umbi dari falsafah ekonomi kiri yang anti perdagangan terbuka dan anti ekonomi pasaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Saiful mengingatkan bahawa Malaysia dibina sejak zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman sebagai sebuah negara perdagangan dan pasaran ekonomi berkembang kerana aktiviti perdagangan domestik dan antarabangsa.

Sehubungan itu kata beliau, tindakan pentadbiran sebelum ini meratifikasi CPTPP adalah tindakan yang tepat yang mana CPTPP dijangka memberi akses ke pasaran baru seperti di Mexico, Peru dan Kanada.

“Dengan adanya CPTPP, nilai jumlah perdagangan Malaysia dijangka meningkat ke RM3.05 trilion pada 2030, manakala eksport Malaysia akan mencecah RM1.65 trilion pada 2030.

“CPTPP akan memberi manfaat kepada segenap lapisan rakyat, termasuklah kepada rakyat Tasek Gelugor yang mana saya adalah Ahli Parlimen mereka,” katanya.

Tambah beliau, ramai warga Tasek Gelugor bekerja di kawasan perindustrian dan kemasukan pelaburan baharu, perpindahan teknologi baharu, dan peluang mempertingkat kemahiran tenaga kerja melalui CPTPP, sudah pasti akan membolehkan warga Tasek Gelugor mendapat pendapatan lebih tinggi di masa depan.

“Inilah manfaat daripada perdagangan dan sistem ekonomi pasaran. Jika penyertaan Malaysia dalam CPTPP dibatalkan, yang rugi bukan saja warga Tasek Gelugor, tetapi rakyat Malaysia keseluruhannya,” katanya.

Sehubungan itu jelas beliau, kerajaan harus menolak desakan keluar daripada CPTPP dan pentadbiran negara mestilah dipacu berdasarkan fakta dan kajian, bukan berdasarkan ideologi kiri yang dianuti oleh PH-BN dan kumpulan penyokong PH-BN semata-mata. – Warta Rakyat

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok