Kuasa rombak Kabinet hak PM, kata Hishammuddin

January 6, 2022 · Politik

Kuasa untuk melakukan rombakan Kabinet adalah hak Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang boleh mengambil langkah tersebut sekiranya terdapat keperluan, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Bagaimanapun, Hishammuddin berkata setakat ini belum mendengar sebarang ura-ura atau laporan berhubung rombakan Kabinet yang hangat diperkatakan selepas spekulasi mengenai perkara itu dibangkitkan oleh pengamal media baru-baru ini.

“Jika betul seperti didakwa, itu adalah kuasa dan perancangan Perdana Menteri,” katanya dipetik laporan BH.

Beliau terdahulu meninjau Operasi Murni Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Batalion Ke-18, Rejimen Askar Melayu Diraja di kem Sri Pantai di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ketua Polis negeri, Datuk Rohaimi Md Isa.

Hishammuddin bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai spekulasi kononnya tiga menteri termasuk dua Ahli Parlimen daripada BERSATU dijangka digugurkan daripada Kabinet selepas gagal menunjukkan prestasi baik dalam pengurusan bencana banjir.

Antara tiga nama yang disebut-sebut sebelum ini ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dan Menteri Perpaduan, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Berita berkaitan
PAS bidas Anwar kekal jadi Menteri Kewangan, dulu kata nak berjimat
December 12, 2023· Politik
Rombakan Kabinet: Jumlah Menteri bertambah jadi 31, ada wakil DAP di MOF
December 12, 2023· Politik
Spekulasi rombakan Kabinet Anwar esok?
December 11, 2023· Politik
Anwar puas hati tiada menteri terlibat rasuah, perbicaraan rasuah Zahid dihentikan?
November 24, 2023· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Selepas Noh, Khairy juga dipecat dan Hishammuddin digantung keahlian
January 28, 2023
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
21 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok